Friday, January 26, 2007

Train your brain

Akhir2 ini saya mempunyai lebih byk masa utk membaca, selain novel2, ada sebuah buku yg menarik perhatian yg bertajuk Train Your Brain by Ryuta Kawashima. Ianya tentang kajian seorang penulis Jepun terhadap tindakbalas otak.Dahulu dia beranggapan bahawa otak lebih bertindakbalas jika diransang dgn permainan video game tetapi setelah kajian di buat otak lebih bertindakbalas walau dgn hanya penyelesaian matematik yg ringkas spt 2+2 , 5+8 dan sebagainya.

Sebagaimana badan yg perlukan senaman maka otak juga memerlukan senaman utk kekal sihat.Selain senaman, makanan juga amat penting. Makanan otak ialah pembelajaran. Dgn pembelajaran boleh meransang pelbagai bahagian otak. Lagi banyak aktiviti boleh menguatkan lagi otak seperti membuat matematik,membaca dgn kuat, belajar, bersukan, mengambil brg dgn menggunakan alat2 contohnya dgn chopstick, dan pelbagai lagi. Malah berinteraksi dgn anak2 spt mendengar anak2 bercerita ttg diri mereka seharian disekolah juga akan mengaktifkan sel2 di otak anak2 mereka.

Setiap sel2 dalam otak berhubungan spt jalan raya, lebih banyak pengetahuan dan pembelajaran akan menghubungkan sel2 dgn lebih pantas spt di lebuhraya kerana itu sesuatu itu harus diulang2 sehingga kita betul2 mahir.Jika sel jarang digunakan ianya spt jalanraya yg tidak digunakan yg akhirnya dilitupi dgn rumput2 yg menyebabkan ianya tidak dapat digunakan lagi.

Sebagai pelajar penting utk mengetahui teknik mengoptimumkan penggunaan otak dgn sebaiknya.

Sebelum belajar....
1. Jgn belajar bila rasa lapar kerana otak adalah pengguna terbesar glukos dan oksigen. Kekurangan menyebabkan kegagalan otak berfungsi.Jgn terlebih makan dan rehat sekurangnya 30 minit selepas makan sebelum memulakan pembelajaran utk penghadaman yg baik.
2. Untuk konsentrasi dapatkan persekitaran belajar yg baik elakan dari mendengar perbualan dan menonton tv sambil belajar kerana ia akan menyebabkan otak akan lebih bekerja keras kearah benda2 yg tidak sepatutnya.
3. Dapatkan tidur yg cukup kerana bila mengantuk menandakan bahawa otak telah berasa letih dan tidak akan dapat berfungsi dgn baik juga.

Semasa belajar...
1. Fahamkan apa yg dipelajari. Jgn putus asa utk menjadikan otak sptlebuhraya dan fikirkan perhubungan apa yg dipelajari sekrg dgn yg sebelumnya. (sekolah skrg menggunakan peta minda utk membuat nota)
2. Ulang2kan pembelajaran itu sehingga betul2 menguasainya.
3. Otak boleh diuji dgn menyelesaikan masalah berkenaan dgn cepatnya jika benar2 faham apa yg dipelajari.
4. Otak punya banyak ruang utk diisi jadi hafallah pelbagai2 perkara. Mengingati adalah aktiviti yg sgt baik utk otak.Berulang2 dan saling kait mengait menjadikan ingatan lebih baik.
5. Tumpukan perhatian dlm pelajaran akan mdpt hasil yg sgt baik.
6. Belajarlah setiap hari sbg satu senaman otak utk menguatkannya.

Bermain, menerokai kehidupan dan berinteraksi dgn org lain akan menajamkan alat2 di minda kita. Lebih kerap bersendirian akan mematikan daya kreativiti kita. Otak juga akan tua tetapi jika kita sentiasa melakukan benda baru setiap hari akan dapat mengelakan nya dari menjadi tua. Latihlah otak anda terutamanya dgn membaca dgn kuat dan mengira.

No comments: