Sunday, January 28, 2007

Mengimbas kenangan...




Cerita sahaja tanpa gambar pun boring juga jadi saya membawakan imej2 semasa ke Singapura semasa sebelum memulakan persekolahan di pertengahan Disember lalu.

Perjalanan menaiki Ekspress Sinaran Malam ke Singapura sungguh mengujakan anak2 dan mamanya jugalah sbb pertama kali menaiki keretapi lebih2 lagi bila ada kabin sendiri dgn tempat tidur dan bilik air sekali. Juga dihidangkan makanan tgh malam dan sarapan.

Sesampainya setelah check in kami ke Pulau Sentosa menaiki cabel car. Tempat dan pantainya masih cantik spt dulu tapi entah mengapa spt ada kekurangan sesuatu. Rupanya pulau itu akan dijadikan tmpt perjudian yg terbesar jadi adalah tmt yg sedang ditutup dan dibangunkan. Sayangnya.... Jadi Genting kaya lagilah.... Orang sungguh ramai mungkin kerana masing2 ingin menghabiskan cuti tahunan di situ.

Balik setelah menyaksikan pertunjukan air pancut dan cahaya laser di waktu malam terus tertidur kepenatan. Esoknya terus ke Clarke Quay dgn menaiki mrt (spt lrt) utk menaiki bot menyaksikan keindahan sekitarnya. Sungainya sgt bersih dan cantik. Biasalah Singapura...

Setelah itu kami ke Jurong Birdpark, Singapore Zoo dan Night Safari. Tmpt mmg cantik dan mengasyikan dan saya rasa the best zoo dlm sebyk2 zoo yg pernah kami lihat. Budak2 juga sgt teruja. Pertunjukan burung yg menghiburkan. Malah sempat melihat gajah di bawa mandi di kolamnya dan disuapkan pisang. Tmpt pertunjukan gajah juga di bina secara mengeliling dgn pondok2 yg cantik utk berehat sambil menyaksikan aksi2 gajah tersebut spt raja2 melihat pertunjukan di kampung2 zaman dahulu kala. Penuh dgn tradisi yg rasanya sama spt kita termasuk tarian yg di Night Safari spt tarian kebudayaan org Sarawak. Jelas mereka tak punya identiti sendiri tapi cara mereka melaksanakan spt mereka yg punya jadi apa yg kita lakukan utk menjadikannya menarik spt itu. Ramai pelancong asing sgt terpesona dgn apa yg mereka lihat.

Keesokannya hari tak akan lengkap jika tidak ke tempat kesukaan mama. Shopping place.... Kami ke Orchard Road serta Kg Gelam yg berhampiran Arab Street dan Bugis area. Bukanlah membeli belah pun hanya cuci2 mata terutama waktu malam di Orchard Road yg dihiasi dgn lampu2 utk meraikan Krismas.

Perjalanan yg singkat namun menggembirakan tetapi tersangatlah penatnya. Saja mengimbas kembali pada kakak yg pernah ke situ sewaktu kecil dan adik yg masih di dlm perut sewaktu pergi dulu dan menunjukan pada anak2 tempat yg mama sering pergi bersama datuk dan nenek dahulu kala. Rancangan percutian masih byk utk ke merata2 tapi sayang tak mungkin terlaksana dgn papa yg sibuk memanjang...

No comments: