Sunday, February 25, 2007

Melukut di tepi gantang

Di malam yang sunyi
Dudukku termenung sorang diri
Di jendela sepi

Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namunkah hanya sekadar
Tinggal kata-kata

Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan..

Dulu pernah kau katakan
Sayangg..
Ingin mendengarku berlagu riang..
Menawar duka laraku
Lupakan saja..
Derita yang berlalu
Tapi mengapa dirimu, kasih..
Ibarat lalang ditiup angin
Kasihmu diracun
oleh kata fitnah
penuh hina

Hingga kini kau biarkan saja..
Diriku menanggung sepi
Dengan irama dukaku
Yang tak bermakna
bagimu...


Saturday, February 24, 2007

Kerinduan...

Titisan hujan
di jendela sepi
Ruap panas
dalam ruang
berlikup
Mundar mandir
resah
dalam duduk
dalam jaga
Hati yang
tidak keruan
Biarpun hanya
sesaat
baru menghilang
rindu itu
tetap
mendatangi.....

Thursday, February 22, 2007

Samb. gara2 suami nak kahwin lagi....

Ni nak sambung balik cerita sebelum ni. Tadi berhenti sebab ada kerja yg perlu diselesaikan. Tapi... bila dah berhenti ni mood nak sambung balik tu dah lain. Tak apalah... kesimpulannya kita ambillah pengajaran dari kisah itu agar dapat menjauhkan diri kita dari menjadi begitu. Kasihanilah anak2.....

Biarlah kita sentiasa berada dlm keimanan kerana itulah ubat segala permasalahan. Walau apapun kena ingat pada tuhan. Mengadulah kepada Nya kerana hanya Dia sahaja yg boleh menolong. Jgn berhenti meminta dan jgn putus asa kerana Dia lah yg maha pengasih dan maha penyayang. Dia sentiasa ada utk kita.

Saya mengenali seseorg yg pernah melalui penderitaan hidup yg amat berat. Suami buat hal dan tak balik rumah, duit tak ada, mak baru meninggal dunia dan tinggalkan adik2 yg masih perlukan perlindungan, dia sendiri pun sakit selepas melahirkan anak2 yg ramai dan terpaksa membuat kuih jualan utk menyara semua anak2 dan adik2 serta nenek yg telah uzur. Sungguh perit hidupnya lebih2 lagi di hina jiran2 sekampung apabila cuba berhutang utk membeli beras dan pelbagai lagi cerita2 pahit yg ditempuhinya tapi berkat doa dan kepercayaan yg kukuh kepada Allah maka dia berjaya mengharunginya. Kini senang lenang hidupnya tidak pulak dia mengalami sakit mental ke atau hilang ingatan ke... ini semua adalah sebab keimanan seseorg dalam menghadapi cobaan hidup.
Saya betul2 percaya tuhan tidak akan menduga seseorg lebih dari apa yg mampu ditanggungnya.

Berkata2 memang mudah malah kita manusia mana ada sempurna kadang adalah terleka sini dan sana jadi tu yang timbul masalah, maka carilah penawar, kembalilah pada Nya. Nescaya rahmah dan barakah Nya pasti ada buat kita....

Gara2 suami nak kahwin lagi...

Berita yg tgh mendapat perhatian sekarang adalah kisah seorg ibu yg menjerut 2 anaknya hanya kerana suaminya ingin berkahwin lain. Terkejut dan sedih bila mendengarnya. Kalau lah kita yg waras ni mestilah kita akan kata biarlah nak marah suami pun tapi kenapa dilepaskan pada anak2 yg tak bersalah. Mesti dia sgt tertekan dan tidak berkongsi masalah dgn keluarga dan teman sehingga dia mengambil tindakan yg tidak waras itu.

Kalau mengikut logiknya biarlah suami nak kahwin lain sbb saya pasti kalau suami yg begitu mesti seorg yg tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri jadi dari hidup dgn lelaki spt itu lebih baik hidup sendiri. Kita sendiri kuatkan diri kita dan berdikari di samping anak2. Sekrg ni sudah byk bantuan yg di beri oleh kerajaan utk ibu2 tunggal. Hanya yg bukan ibu tunggal tapi hidup spt ibu tunggal sahaja yg susah mendapat bantuan. Wanita tidak bolah membiarkan diri lemah dan menjadikan diri sebagai mangsa tapi hendaklah berjuang bagi pihak dirinya sendiri. Memanglah org akan buat sesuka hati jika kita sendiri pun tidak ada rasa hormat dan sayang diri sendiri tapi jika diri itu kuat dan tabah mustahil ada yg berani memijak kita.

Sekarang ni byk cerita2 kejayaan wanita yg asalnya bermula dari kesempitan hidup, ditinggal suami dan bekerja hanya ingin memberi makan anak2 tapi akhirnya menjadi pengusaha berjaya. Buat MLM ke, perunding kewangan ke, atau apa2 sahaja kerja yg halal malah yg menjual goreng pisang pun bisa mendapat RM300 bersih sehari janji kita berusaha pasti akan berhasil. Kenapakah kita tak mengikut jejak langkah yg begitu??? Samada kita biarkan diri kita terus menderita atau mengambil jalan bahagia, pilihan di tangan kita.

Memanglah senang bercakap berbanding melakukannya cuba saya sendiri yg kena mesti panik tak tahu apa nak buat. Itulah sebabnya walau kita tak bekerja jgn kita lokek mencari ilmu. Cari berita2 kejayaan org dan bagaimana mereka melakukannya malahan kehidupan2 sehari2 ni biarlah kita tahu bagaimana cara menguruskannya sebelum menyerahkan segala2nya kepada suami. Kalau boleh sebelum bersuami lagi kita sudah pandai mencari duit tak kiralah walau hanya bekerja sebagai tukang sapu janji duit boleh masuk kemudian kita sendiri yg menguruskan pembayaran bil2 atau kalau perlu berjumpa dgn org2 yg terlibat dlm bidang hartanah, insuran, KWSP, atau apa2 saja maka kita jgn takut2 pergi buat dan secara tak langsung mengajar kita cara2 berurusan dgn org. Kalau mampu belajarlah memandu kerana ia sebahagian dari keperluan juga.

BIla sudah bersuami memang org kata jgn serahkan semuanya pada suami tapi bagi saya komitmen mmg kena bagi sepenuhnya cuma bab2 tanggungjawab spt bayar bil2 atau kerja2 org lelaki biar org lelaki yg buat, kita sebagai isteri kalau yg mampu duduk rumah jaga anak2 dan jaga perihal rumahtangga sahaja, jadi mereka akan tetap terikat dgn tanggungjawab jadi kuranglah sikit peluang kearah tidak bertanggungjawab tu.

Katakanlah lampu mentol di bilik terbakar jadi saya akan tetap tunggu dia buat sbb kerja memanjat2 dan teknikal ni saya rasa org lelaki kena buat walaupun saya tahu caranya. Sesetengah isteri saya tahu nak jadi superwoman semua dia buat. Jadi bila dah biasa begitu susahlah nak ubah suruh suami buat pula. Tapi kalau kerja2 basuh pinggan memang kitalah yg buat tapi kalau dia sudi nak tolong tu bonus. Tapi ada kawan saya kata kerja rumah tak wajib jadi jgn buat. Bagi saya hidup berumahtangga kena bertolak ansur dan tak boleh berkira sangat. Kita dah duduk rumah kitalah buat takkan suami kita penat2 balik kerja nak basuh pinggan dan masak sementara kita tengok telenovela je. Takkan kita dok dgn anak2 tak nak makan dan sanggup tengok rumah tak kemas dan sampai tak ada baju nak pakai jadi kita buat sahajalah kerja2 begitu. Melainkan bila kita bekerja jadi biarlah suami pun menolong sama.

Banyak nya saya bercerita dan ada lagi yg nak dikata tapi kita sambung lain entri.

Wednesday, February 21, 2007

OH....PMS

Tiap2 bulan ia akan tiba kerana kalau ia tak datang maka adalah sesuatu akan terjadi. Sesetengah akan mengatakan ia masalah dan penyakit tapi sebenarnya ia menunjukan bahawa ia adalah sesuatu yg normal utk seorg wanita kerana tanpanya samada kita sudah melewati zaman atau bukan wanita sejati. Sejak zaman berzaman ia adalah sesuatu perkara yg tidak dibincangkan tapi dgn perubahan kemodenan hidup ia adalah suatu perkara yg biasa di bualkan. Terlebih banyak dan kesakitan menandakan adanya kemungkinan sakit yg lain atau perubahan sebelum kemunculannya menyebabkan kita tidak selesa, sensitif, sedih, marah dan pelbagai lagi. Buat sang suami fahamilah dan layanlah kekasih hati yg sedang melaluinya kerana belaian kasih sayang mampu membantunya mengharungi dgn lebih ceria. Bagi saya ..... itulah masanya kenyataan " ..u tak sayang i ye...." keluar utk mengharap sidia memberi perhatian yg lebih.... alangkah seronoknya bila sidia mula memujuk...

Monday, February 19, 2007

Cuti Raya Cina

Semenjak hari Sabtu semua org akan bercuti sampai hari Selasa utk Tahun Baru Cina. Sekolah kakak akan dibuka pada hari Khamis dan sekolah adik hanya akan bermula pada Isnin minggu depan. Seronoknya mamanya dapat cuti. Ingat nak beriadah di taman tapi semenjak minggu lepas hujung turun bagaikan musim tengkujuh. Adakala sepanjang hari sehingga tak nampak mentari. Katanya akan tiba musim kering tapi musim bah pula yg tiba. Tahulah hujan2 sejuk ni nak buat apa pun malas dan jemur kain pun tak kering. Nampaknya kenalah hantar ke kedai dobi.

Cuma semalam ada waktu panasnya tapi bila petang hujan menggila kembali. Walaupun begitu sempatlah kami balik kg hubby utk upacara merisik. Wah terasa diri ni tuanya sbb dah masuk dlm golongan org yg duduk berbincang menerima tetamu yg datang. Sepupunya akan melansungkan pertunangan bulan Mac ini jadi keluarga pihak lelaki datang berkenalan sambil membawa cincin tanya. Saya rasa ini pertama kali saya menghadiri upacara spt ini. Dulu masa diri sendiri yelah mestilah kita tunggu di dapur takkan nak duduk sekali. Mahu org kata gediknya anak dara ni tak sabar2 nak berlaki. hahaha... bila ingat balik betapa gementar juga sbb risau juga apa pandangan pihak keluarga lelaki terhadap kita sebab bukan ibubapa sahaja yg datang tapi pakcik, makcik dan org yg lebih tua juga datang. Itulah waktunya mereka menilai keluarga kita dgn lebih dekat.

Saya bersyukur kerana mendapat keluarga mentua yg menerima kita seadanya dgn ibubapa kita sendiri yg tidak memilih dan meletakkan kebebasan kepada kami sendiri dalan hal2 adat spt duit hantaran dan brg2 hantaran. Jadi semuanya senang kerja sbb bakal pengantin sendiri yg tetapkan semua. Itu juga yg kami cuba beritahu sepupunya supaya sendiri berbincang dgn bakal suami ttg kesanggupan dan apa yg mereka inginkan utk majlis mereka sendiri. Senang ikut kemampuan dan cuma bab2 majlis mana2 tak cukup kita semua akan membantu.Rasanya itu suatu pengalaman permulaan yg bagus bagi mereka yg ingin memulakan hidup berumahtangga. Mengajar mereka merancang, bermuafakat dan bertolak ansur supaya kemudian hari juga mereka bisa melakukan hal yg sama.

Wednesday, February 14, 2007

Happy Wedding Anniversary....

Hubby dearest...

Words can't describe how much you mean to us and how we really appreciate every single thing you've done for us. You and your unconditional love make our life so precious and meaningful. With your love we only see happiness and how beautiful life is because you will take away our sadness and difficulties along the way. During these past few years we're together you've taught us to receive and give love freely, to cherish and to celebrate each other with open heart. You are everything to us.

With hugs n kisses,

me, kakak n adik.




Semalam me and hubby pergi dinner berduaan sahaja spt yg biasa kami buat bila dia ada, ke tempat yg sama semenjak dating lagi tapi sebab tempat ni special dan mahal sikit reganya memang lah jarang2 kami ke sini kecuali ada special occasion spt semalam atau birthdays ke atau apa2 sebab istimewa yg kami sengaja cari hanya utk menikmati hidangan di situ sbb kalau pergi selalu pun towkey mas pun boleh bangkrap. Inikan pula anak ikan macam kita. Sekurang2nya dlm kesibukan dia dalm berkejar ke meeting, seminar, kerja dan kepenatan dia masih sudi meluangkan masa meromantikkan diri dia utk kita. Terima kasih sayang cuma anak2 pula nak tunggu diaorg punya dinner tempat yg sama.....weekend ni lah ye....

Monday, February 12, 2007

Gembira tapi sedihnya...

Hujung minggu sebab hubby ada game di Melaka maka kita orang pun ikut jelah berjalan ke sana. Mulanya saya tak mahu ikut tapi bila memikirkan nanti dia akan keseorangan memandu pulang malam2 sbb lepas game ada dinner lagi jadi pergilah. Lagipula dia yg sibuk2 memberi pelbagai idea supaya kami ni ikut, sebenarnya dia yg tidak boleh nak berenggang dan akan rasa bersalah jika terpaksa meninggalkan kami pada hari yg dia sepatutnya boleh meluangkan masa utk kami. Setelah tinggalkan dia di Ayer Keroh maka saya terus memandu ke Bandar Melaka utk check in di Hotel Mahkota Melaka. Jalan sesak sbb agaknya tengah bandar tapi 'happenning' habis. Tempat dia cantik sangat. Tepi laut dgn angin yg segar.

Sesudah menyegarkan diri maka kami memandu di sekitar tempat bersejarah. Tengah nak bergambar datang pakcik baba ni tanya nak sewa beca ke tidak. Disebabkan anak2 tak pernah naik maka kami pun bersetuju. Kalau kat kelate beca ni di panggil teksi. Nak gi mana2 dalam bandar bayar RM2 je sorang sekali tapi yg ini kira sejam RM40. Oklah tu sbb bukan senang nak mengayuh bawa org yg berat2 ni dan kami pun dapat menyaksikan seluruh pelusok bandar Melaka ini. Habislah juga tempat2 bersejarah macam Istana Melayu Lama Melaka, A Farmosa, Dataran Pahlawan, Masjid Tanjung Keling, Muzium2 termasuk Muzium kapal, Red Building, makam Hang Jebat, china town dan macam2 lagilah. Lepas tu barulah pergi pula ke tempat membeli belah. Shopping buah tanganlah alang2 dah datang.

Saya sungguh teruja dapat melawat ke bandar Melaka ni kerana bandar dia cantik, bersih dan org2nya ramah tamah. Mereka memang siap utk menerima pelancong tapi kalau nak dibandingkan dgn KL ni jauh bezanya. Patutlah kalau tengok tempat pelancongan yg menarik di Malaysia ni dlm Travellers blog selain daki gunung Kinabalu, menyelam di pulau2 indah, melawat kuil di Batu Caves tu dan pasar Siti Khadijah di Kelantan, Melaka juga sangat terkenal.

Anak2 pun sangat seronok tambah bila dapat berenang di kolam hotel yg cantik. Sambil mereka mandi saya sempat menanya tempat2 makan yg popular di sini. Selain dari ikan bakar di Umbai, masakan asam pedas `juga menjadi tumpuan. Mereka memberi panduan ke Restoran asam pedas di Kota Laksamana. Orang memang ramai dan kedainya dibuka sampai pukul 5 pagi tapi agaknya kami tak biasa jadi bagi kami tak adalah sesedap mana. Mungkin nak kena tanya orang lain lagi kot.

Tgh nak balik hubby telefon kata dah balik dah maka kelam kabut balik hotel, nasib baik tak pergi cari makan di Umbai kalau tak mesti tak boleh nak balik cepat.Dia pun tak sangka kita dah habis pusing bandar cuma tak sempat pergi pasar malam Jonker Street sbb anak2 tak mahu. Kalau saya sorang dah lama sampai dah. Jadi esoknya, selepas puas anak2 berenang kami pusing2 ke Ayer Keroh menyaksikan rumah2 Malaysia dan Asean di Taman Mini. Di sekitar situ ada Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Botanikal dan macam2 lagilah.Saya suka sangat tengok bentuk rumah2 lama di Malaysia di Taman Mini tu tapi ada ruang lagi utk menjadikan tempat itu lebih menarik. Ada tarian traditional juga dipersembahkan tapi kalau mereka persembahkan juga permainan traditional mesti lebih meriah.

Posing bagai nak rak.... ni nak cerita sedih ni.... balik rumah terpadam habis gambar yg di ambil jadi tak adalah kenangan keindahan Melaka bandar bersejarah ni... waaa...waa.....

oops lupa... hari ni dah genap berapa tahun ye kami berkahwin????

Friday, February 09, 2007

Love doesn't need a reason....

A very nice story i'd like to share with you.....

one day a gal asked:
> why do you like me..?
> why do you love me.?
>
> HE answered:
> i can't tell the reason.. but i really
> like you..
>
> SHE: you can't even tell me the
> reason.. how can you say you like me?
> how can you say you love me?
>
> HE: i really don't know the reason, but i
> can prove that i love you.
>
> SHE: proof? no! i want you to tell me
> the reason. my friend's boyfriend can tell
> her why he loves her but not you!
>
> HE: ok..ok!! ermmss..
> because you are beautiful,
> because your voice is sweet,
> because you are caring,
> because you are loving,
> because you are thoughtful,
> because of your smile,
> because of your every movements.
>
> the gal felt very satisfied with his
> answer.
>
> unfortunately, a few days later, the gal
> met with an accident and became
> comma. HE then placed a letter by
> her side, and here is the content:
>
> darling,
>
> because of your sweet voice that I love
> you...
>
> now can you talk? no! therefore i cannot
> love you.
>
> because of your care and concern that i
> like you..
>
> now that you cannot show them,
> therefore i cannot love you.
>
> because of your smile,
>
> because of your every movements that i
> love you..
>
> now can you smile? now can you move?
>
> no, therefore i cannot love you...
>
> if love needs a reason, like now, there is
> no reason for me to love you anymore.
>
> do love need a reason? NO!
>
> therefore, i still love you...
>
> and love doesn't need a reason...
>
>
>
> "sometimes the best and the most
> beautiful things in the world cannot be
> seen, cannot be touched, but can be felt
> in the heart"
>
> love doesn't need a reason... its something
> you can feel burning inside your heart and
> waiting to be explode of love...
>
> please.. never ever ask someone why do
> they love u.. love is nature and without
> love the world is nothing but a piece of
> crap. so everyone love the world and
> also love ur loved ones...
>

Wednesday, February 07, 2007

Surat Watikah kakak...



Minggu lepas berlangsung satu majlis penganugerahan sijil perlantikan utk pengawas2 dan ketua2 kelas sekolah kakak. Dia yg suatu dulu merayu pada gurunya yg dia tidak mahu memegang jawatan akhirnya akur dgn pujukan cikgunya utk meneruskan tugasnya itu. Malah sekrg ni dah seronoklah pulak. Alhamdullillah dia akhirnya berjaya menyesuaikan diri lebih2 lagi bantuan guru kelasnya yg betul2 perihatin malah cikgu2 lain pun mula menyedari peribadi dan latarbelakang dia.

Thursday, February 01, 2007

Cuti Hari Wilayah dan Thaipussam

Hari ini cuti, rasanya baru ada cuti semasa hari bersekolah, kalau tak kena hari Sabtu je. Lega tak payah keluar pagi tapi hari ni tak kemana2 kerana hubby baru balik dari Singapore jadi dia penat dan nak tidur. Sebaik saja ambik dia, terus singgah makan di Restoran Minang Saiyo. Masakan minang yg memang sedap kat sini dgn harga yg berpatutan. Malam nanti rasanya nak gi makan sate di Sri Melaka dgn bubur nasinya yg best sgt. Tu lah pasal makin menjadi2 badan ni sbb macam2 pilihan ada.... Bilalah nak gi daftar utk kelas aerobik dan berenang ni... Hajat dan perancangan dah lama tapi asyik tertangguh2 je. Hmm... tgh baru nak mengarang mesti ada rancangan tergendala.... kita rehat dulu.