Thursday, February 22, 2007

Samb. gara2 suami nak kahwin lagi....

Ni nak sambung balik cerita sebelum ni. Tadi berhenti sebab ada kerja yg perlu diselesaikan. Tapi... bila dah berhenti ni mood nak sambung balik tu dah lain. Tak apalah... kesimpulannya kita ambillah pengajaran dari kisah itu agar dapat menjauhkan diri kita dari menjadi begitu. Kasihanilah anak2.....

Biarlah kita sentiasa berada dlm keimanan kerana itulah ubat segala permasalahan. Walau apapun kena ingat pada tuhan. Mengadulah kepada Nya kerana hanya Dia sahaja yg boleh menolong. Jgn berhenti meminta dan jgn putus asa kerana Dia lah yg maha pengasih dan maha penyayang. Dia sentiasa ada utk kita.

Saya mengenali seseorg yg pernah melalui penderitaan hidup yg amat berat. Suami buat hal dan tak balik rumah, duit tak ada, mak baru meninggal dunia dan tinggalkan adik2 yg masih perlukan perlindungan, dia sendiri pun sakit selepas melahirkan anak2 yg ramai dan terpaksa membuat kuih jualan utk menyara semua anak2 dan adik2 serta nenek yg telah uzur. Sungguh perit hidupnya lebih2 lagi di hina jiran2 sekampung apabila cuba berhutang utk membeli beras dan pelbagai lagi cerita2 pahit yg ditempuhinya tapi berkat doa dan kepercayaan yg kukuh kepada Allah maka dia berjaya mengharunginya. Kini senang lenang hidupnya tidak pulak dia mengalami sakit mental ke atau hilang ingatan ke... ini semua adalah sebab keimanan seseorg dalam menghadapi cobaan hidup.
Saya betul2 percaya tuhan tidak akan menduga seseorg lebih dari apa yg mampu ditanggungnya.

Berkata2 memang mudah malah kita manusia mana ada sempurna kadang adalah terleka sini dan sana jadi tu yang timbul masalah, maka carilah penawar, kembalilah pada Nya. Nescaya rahmah dan barakah Nya pasti ada buat kita....

2 comments:

Leyla Shuri said...

Wah, panjang kuliah hari ini, berpeluh den baco :-)

meksu said...

sajo jo klela, tgh semangat gitule...