Thursday, February 22, 2007

Gara2 suami nak kahwin lagi...

Berita yg tgh mendapat perhatian sekarang adalah kisah seorg ibu yg menjerut 2 anaknya hanya kerana suaminya ingin berkahwin lain. Terkejut dan sedih bila mendengarnya. Kalau lah kita yg waras ni mestilah kita akan kata biarlah nak marah suami pun tapi kenapa dilepaskan pada anak2 yg tak bersalah. Mesti dia sgt tertekan dan tidak berkongsi masalah dgn keluarga dan teman sehingga dia mengambil tindakan yg tidak waras itu.

Kalau mengikut logiknya biarlah suami nak kahwin lain sbb saya pasti kalau suami yg begitu mesti seorg yg tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri jadi dari hidup dgn lelaki spt itu lebih baik hidup sendiri. Kita sendiri kuatkan diri kita dan berdikari di samping anak2. Sekrg ni sudah byk bantuan yg di beri oleh kerajaan utk ibu2 tunggal. Hanya yg bukan ibu tunggal tapi hidup spt ibu tunggal sahaja yg susah mendapat bantuan. Wanita tidak bolah membiarkan diri lemah dan menjadikan diri sebagai mangsa tapi hendaklah berjuang bagi pihak dirinya sendiri. Memanglah org akan buat sesuka hati jika kita sendiri pun tidak ada rasa hormat dan sayang diri sendiri tapi jika diri itu kuat dan tabah mustahil ada yg berani memijak kita.

Sekarang ni byk cerita2 kejayaan wanita yg asalnya bermula dari kesempitan hidup, ditinggal suami dan bekerja hanya ingin memberi makan anak2 tapi akhirnya menjadi pengusaha berjaya. Buat MLM ke, perunding kewangan ke, atau apa2 sahaja kerja yg halal malah yg menjual goreng pisang pun bisa mendapat RM300 bersih sehari janji kita berusaha pasti akan berhasil. Kenapakah kita tak mengikut jejak langkah yg begitu??? Samada kita biarkan diri kita terus menderita atau mengambil jalan bahagia, pilihan di tangan kita.

Memanglah senang bercakap berbanding melakukannya cuba saya sendiri yg kena mesti panik tak tahu apa nak buat. Itulah sebabnya walau kita tak bekerja jgn kita lokek mencari ilmu. Cari berita2 kejayaan org dan bagaimana mereka melakukannya malahan kehidupan2 sehari2 ni biarlah kita tahu bagaimana cara menguruskannya sebelum menyerahkan segala2nya kepada suami. Kalau boleh sebelum bersuami lagi kita sudah pandai mencari duit tak kiralah walau hanya bekerja sebagai tukang sapu janji duit boleh masuk kemudian kita sendiri yg menguruskan pembayaran bil2 atau kalau perlu berjumpa dgn org2 yg terlibat dlm bidang hartanah, insuran, KWSP, atau apa2 saja maka kita jgn takut2 pergi buat dan secara tak langsung mengajar kita cara2 berurusan dgn org. Kalau mampu belajarlah memandu kerana ia sebahagian dari keperluan juga.

BIla sudah bersuami memang org kata jgn serahkan semuanya pada suami tapi bagi saya komitmen mmg kena bagi sepenuhnya cuma bab2 tanggungjawab spt bayar bil2 atau kerja2 org lelaki biar org lelaki yg buat, kita sebagai isteri kalau yg mampu duduk rumah jaga anak2 dan jaga perihal rumahtangga sahaja, jadi mereka akan tetap terikat dgn tanggungjawab jadi kuranglah sikit peluang kearah tidak bertanggungjawab tu.

Katakanlah lampu mentol di bilik terbakar jadi saya akan tetap tunggu dia buat sbb kerja memanjat2 dan teknikal ni saya rasa org lelaki kena buat walaupun saya tahu caranya. Sesetengah isteri saya tahu nak jadi superwoman semua dia buat. Jadi bila dah biasa begitu susahlah nak ubah suruh suami buat pula. Tapi kalau kerja2 basuh pinggan memang kitalah yg buat tapi kalau dia sudi nak tolong tu bonus. Tapi ada kawan saya kata kerja rumah tak wajib jadi jgn buat. Bagi saya hidup berumahtangga kena bertolak ansur dan tak boleh berkira sangat. Kita dah duduk rumah kitalah buat takkan suami kita penat2 balik kerja nak basuh pinggan dan masak sementara kita tengok telenovela je. Takkan kita dok dgn anak2 tak nak makan dan sanggup tengok rumah tak kemas dan sampai tak ada baju nak pakai jadi kita buat sahajalah kerja2 begitu. Melainkan bila kita bekerja jadi biarlah suami pun menolong sama.

Banyak nya saya bercerita dan ada lagi yg nak dikata tapi kita sambung lain entri.

No comments: