Saturday, January 03, 2009

Simpati terhadap rakyat Palestine...

Semenjak dekat kehadiran Tahun Baru Islam lagi pihak zionis telah melancarkan serangan ke atas kaum Palestine di Gaza yang mengakibatkan beratus2 terkorban dan beribu yang tercedera. Di saat orang lain ingin berhijrah ke arah yang baik mereka pula terhijrah ke dalam keaadaan yang sungguh memilukan. Orang awam dan anak2 kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa atas kekejaman Yahudi itu. Hati saya berasa sedih kerana tidak dapat melakukan apa2 pun untuk membantu melainkan berdoa semoga serangan itu dapat dihentikan dan semoga ada pihak2 besar yang perihatin untuk membantu mereka itu. Marilah kita sama bersolat hajat dan memohon pada Allah agar mereka tidak terus menderita....

Salam Tahun Baru Maal Hijrah 1430 n 2009..

Sudah setahun berlalu dan kini saya kembali untuk menulis lagi... di harap kali saya akan berterusan menulis kerana ini adalah sebahagian dari azam baru... Bercerita tentang azam bermakna tahun baru telah tiba. Tahun Baru yang juga hampir sama waktu dengan Tahun Baru Islam diharap akan membawa kita ke arah menjadi yang lebih baik, memperbaiki segala kelemahan diri, memeperbanyakkan amal, lebih rajin bekerja, membahagiakan keluarga, mengekalkan kesihatan yg baik serta menjaga agar kewangan kekal stabil. Diharap krisis kewangan yg dikatakan terjadi itu tidak terlalu berat dan kita mampu mengatasinya..

Saya berharap saya akan lebih berhemah bila berbelanja dan akan lebih memperuntukkan masa memasak di rumah supaya makan luar akan dapat dikurangkan. Jadi saya sendiri dapat mengawal pemakanan mengikut piramid makanan yang sihat. Disamping merancang perbelanjaan bijak saya juga berharap dapat melakukan perancangan sebelum melancong dan berjalan ke mana2. Hatta pergi membeli barang2 di pasaraya.

Saya ingin memperbaiki kemahiran menulis dalam Bahasa Malaysia supaya menjadi contoh pada anak saya yang akan menghadapi peperiksaan UPSR. Oleh itu saya harus lebih banyak membaca supaya dapat menguasai kemahiran itu. Saya berharap akan dapat mempersiapkan sendiri anak dalam peperiksaan yg bakal dihadapinya. Walaupun keupayaannya hanya sederhana tapi saya yakin jika dia berusaha dengan lebih gigih dia pasti boleh mempertingkatkannya.

Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya lakukan tetapi biar inilah dulu kerana saya tidak ingin menjadikan ia suatu tekanan yang berat jadi saya akan mengatakan bahawa ini semua hanya harapan dan akan cuba merealisasikannya. Nampak mudah tapi jika macam saya yang tidak biasa maka saya merasakan ianya sangat berat contohnya menulis dalam BM yg betul. Bukan kah bahasa ini sangat membosankan disaat orang lain menggunakan bahasa pasar, slanga dan mencampurkan dengan bahasa Inggeris yg menjadikannya rojak yang sangat sedap? Itulah antara cabaran2 yang bakal dihadapi tetapi jika saya sendiri tidak mencuba adakah saya akan menyuruh anak saya sendiri membuatnya...

SELAMAT TAHUN BARU DENGAN AZAM YG BARU (atau dgn azam tahun lalu yg masih belum terlaksana)