Monday, December 31, 2007

Selamat tinggal 2007 dan selamat datang 2008

Maka bertambah setahun lagilah kehidupan ini tapi apakah yg boleh dibanggakan kerana banyak benda yg sepatutnya dibuat tapi masih tak dibuat lagi. Harap tahun yg mendatang ini akan menjadi satu titik kepada perubahan baru....

Friday, December 21, 2007

Salam Aidil Adha

Hari raya korban disambut lagi seperti kebiasaannya dgn berkorban lembu di pagi selepas solat sunat adha dan doa selamat dan tahlil pada petangnya setelah acara masak2 selesai. Menu kebiasaan sup tulang, special sambal, daging rebus dan segala macam masakan daging serta hidangan iringan spt udang kerutuk, sambal sotong dll. Perhimpunan keluarga yg boleh mencecah lebih 70 org ini selalunya meriah bila semuanya dapat berkumpul bersama. Hari raya haji biasanya semua dapat balik ke rumah ibu saya tetapi tidak pada hari raya puasa kerana selalunya mereka akan hanya berada di rumah ibu pada pagi raya atau petang raya sahaja jadi tak semuanya dapat berkumpul serentak. Tidak kira di mana kita menyambut hari raya tapi kegembiraan adalah pada dgn siapa kita menyambutnya. Walau orang kata kemeriahan lebih terasa di Kelantan tp bg kami di Kuala Lumpur juga meriah jika kita menyambutnya dgn berkorban dan berkumpul bersama seluruh ahli keluarga. Raya inilah yg sepatutnya dirayakan dgn lebih besar2an kerana acara berkorban boleh dilakukan dlm 3 hari ini dan takbir raya juga dapat didengari dalam tempoh itu berbanding dgn hari raya puasa yang di sambut sebulan padahal hari kemenangan itu hanyalah sehari sahaja.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA.

Sunday, December 16, 2007

HAPPY BIRTHDAY KAKAK...

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday dear kakak
Happy birthday to you....

May all your wishes come true n be anak solehah alwiz....

We know you are always the responsible one but you can be a child coz you are one.

No matter what we always love you....

Luv, hugs n kisses,
Mama, papa n adik.