Friday, December 21, 2007

Salam Aidil Adha

Hari raya korban disambut lagi seperti kebiasaannya dgn berkorban lembu di pagi selepas solat sunat adha dan doa selamat dan tahlil pada petangnya setelah acara masak2 selesai. Menu kebiasaan sup tulang, special sambal, daging rebus dan segala macam masakan daging serta hidangan iringan spt udang kerutuk, sambal sotong dll. Perhimpunan keluarga yg boleh mencecah lebih 70 org ini selalunya meriah bila semuanya dapat berkumpul bersama. Hari raya haji biasanya semua dapat balik ke rumah ibu saya tetapi tidak pada hari raya puasa kerana selalunya mereka akan hanya berada di rumah ibu pada pagi raya atau petang raya sahaja jadi tak semuanya dapat berkumpul serentak. Tidak kira di mana kita menyambut hari raya tapi kegembiraan adalah pada dgn siapa kita menyambutnya. Walau orang kata kemeriahan lebih terasa di Kelantan tp bg kami di Kuala Lumpur juga meriah jika kita menyambutnya dgn berkorban dan berkumpul bersama seluruh ahli keluarga. Raya inilah yg sepatutnya dirayakan dgn lebih besar2an kerana acara berkorban boleh dilakukan dlm 3 hari ini dan takbir raya juga dapat didengari dalam tempoh itu berbanding dgn hari raya puasa yang di sambut sebulan padahal hari kemenangan itu hanyalah sehari sahaja.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA.

No comments: