Thursday, June 07, 2007

Keasyikan anak2 di waktu ini....

"Syyyh... baby tgh tidur..." Hai lah tak tau nak kata apa semenjak adik dan kakak dapt furby baby ni bkn main lg dia menjaga anak kesayangan diaorg ni... ke hulu ke hilir dok mendukung baby tu. Bagi susu lepas tu burp kan dan bercakap2 lg serta menyanyi2 tu yg buat budak2 tu leka tu...

Dah lalu dah....

Semasa ke Nilai 3 melalui Tol Sg Besi maka merasalah melalui terowong SMART. Sekrg dlm tempoh percubaan jadi masih percuma, esok2 bila dah kena bayar mungkin fikir byk kali juga... Perjalanan pergi ok, cepat dan lancar malah balik juga ok tapi bila dah keluar terowong dan memasuki Jln Tun Razak maka di sini cabaran bermula. Jalan sesak tambah pula masa balik petang hujan lebat jadi jln terowong yg dekat Kedutaan Indonesia tu dah banjir agaknya pam rosak ke atau air byk sgt jd kereta terpaksa bergerak perlahan, kalau kereta tinggi tak menjadi hal tp kalau kereta kecil2 mcm kancil ke kelisa ke mau tersangkut. Kami bernasib baik sbb lepas cepat tp lepas tu jalan tu diaorg tutup terus. Laluan yg menghala ke Seremban memang tersangkut berejam2. Hai bila lah masalah banjir nak pulih.....



Antara tempat di Nilai 3 iaitu Textile Walk....

Ikea magazine for Kitchen




Ikea sentiasa menghantar katalog tahunan ke rumah2 dan sesekali ada selitan tambahan spt Ikea Kitchen ni.













Konsepnya yg praktikal dan menjimatkan ruang menyebabkan ia sgt diminati.







Pilihan yg luas, menyenangkan dan harga yg berpatutan jadi boleh merancang dulu.

Monday, June 04, 2007

Cuti sekolah...

Wah anak2 saya cuti sekolah maka buku pun cuti juga. Tengok tv, berjalan dan bermain sahaja. Tak pelah bagi can dulu terutama dlm menghabiskan masa dgn papanya. Balik dari berjalan hari tu, papanya mengambil cuti maka kami ke KLCC ada book fest juga berjalan2 dan makan2 dan yg paling best tengok wayang cerita SHREK 3. Anak2 seronok dan mak budak pun seronok tengok cerita tu. Mula dulu beli cd SHREK saya tak tengok tapi bila si adik yg masa tu umur tak sampai pun 3 tahun asyik dok mintak cerita tu lama2 tengok juga dan bila dah tengok tak boleh miss lagi. Berulang2 kali tengok sampai masa nenek dia datang melawat kami pun tertengok cerita tu terus suka juga. Begitu pentingnya pengaruh kartun dlm kehidupan anak2 sampai saya tak boleh nak kata apa lagi. Biarlah sbb bila dah usia macam kakak sibuklah pula tengok cerita yg macam High School Musical pula, lagi pening kepala kita nak tapis benda2 yg tak elok tu.

Lepas menonton di TGV yg penuh sesak tu kami ke taman permainan pula. Tgh main2, hujan turun pula apalagi bergegas berlari balik nasib baik tak lencun sbb hujan turun sikit2. Sekarang ni je hujan kalau turun bukan sikit2 tapi sampai banjir KL. Bermula keesokan harinya semasa kami ingin pergi bermain skating di Sunway Piramid hujan turun mencurah2, kesesakan lalulintas jangan cakaplah, bila balik dekat pukul 10 malam di Subang Jaya pun boleh jem lg, heran sungguh macam mana org boleh duduk kawasan yg asyik jem je tu. Ber skating di Skating Rink di Sunway masa cuti sekolah punyalah mahal berbanding hari biasa pulak tu. Semua benda masa cuti sekolah menjadi mahal padahal bila org dah ramai keselesaan dah tak ada maka turunkanlah harga tapi kat sini memang macam tulah lagi ramai lagi nak ketuk harga....

Masa ni jugalah saya nak berjalan jauh sikit dgn mak saya sbb tak payah risau nak kena balik cepat nak ambik budak sekolah tambah sidia outstation. Kami ke Nilai 3 sbb saya tak pernah pergi ke situ. Punyalah terkejut tgk tempat tu sbb punyalah byk brg2 jual dan murah2 dari kedai biasa tapi sbb cuti sekolah punyalah ramai org. Nak cari brg2 perhiasan rumah, perabot, tikar, carpet atau kain langsir mmg berbaloi pergi borong di situ. Cuma saya sbb tak ada benda nak beli jadi saya tak belilah. Hubby saya dengar mesti dia suka sbb saya tak memborong.

Juga tak ketinggalan tempat yg mesti pergi yg ada byk masa membelek ialah IKEA. Punyalah seronok pergi sama perempuan sbb boleh belek abis tambah dia tgh promosi kitchen besar2an apalagi beranganlah.... Best nya tempat tu beli brg sikit pun percuma parkir selama 6 jam lepas tu selain dari IKEA boleh belek kat HARVEY NORMAN lg, AUSSINO cadar yg cantik2 serta curtain MACY yg pelbagai dan macam2 lg lah yg ada kat kawasan situ.