Thursday, June 07, 2007

Dah lalu dah....

Semasa ke Nilai 3 melalui Tol Sg Besi maka merasalah melalui terowong SMART. Sekrg dlm tempoh percubaan jadi masih percuma, esok2 bila dah kena bayar mungkin fikir byk kali juga... Perjalanan pergi ok, cepat dan lancar malah balik juga ok tapi bila dah keluar terowong dan memasuki Jln Tun Razak maka di sini cabaran bermula. Jalan sesak tambah pula masa balik petang hujan lebat jadi jln terowong yg dekat Kedutaan Indonesia tu dah banjir agaknya pam rosak ke atau air byk sgt jd kereta terpaksa bergerak perlahan, kalau kereta tinggi tak menjadi hal tp kalau kereta kecil2 mcm kancil ke kelisa ke mau tersangkut. Kami bernasib baik sbb lepas cepat tp lepas tu jalan tu diaorg tutup terus. Laluan yg menghala ke Seremban memang tersangkut berejam2. Hai bila lah masalah banjir nak pulih.....



Antara tempat di Nilai 3 iaitu Textile Walk....

No comments: