Wednesday, May 30, 2007

Fully booked...

Kalau nak cuti2 Malaysia dlm musim cuti ni nak kena booking awal sbb kalau lambat mmg semua tmpt penuh. Bg kita nak plan awal papanya keje tak menentu. Bila booking siap2 nanti tak dapat pergi tp kalau tak booking kita yg tak dpt pergi, ingat nak ke Genting Highland atau A Farmosa Resort tp semua fully booked jd esok dia cuti dok rumah je lah. Dah penat check internet lg, telefon lagi dah tak kuasa dah....

Bercuti ke Awana Kijal Terengganu

Sempena dgn cuti sekolah saya membawa anak2 bercuti ke Kijal. Perancangan sudah lama semenjak dari bulan Januari lagi sbb melibatkan anggota keluarga yg ramai iaitu adik beradik saya serta adik beradik mak saya bersama keluarga masing2. Tiap2 tahun pun mmg ada percutian tahunan beramai ni tp dah beberapa tahun kami tak dapat ikut sbb takde kat sini. Memandangkan kesibukan masing2 jadi percutian ini di harap dapat mengeratkan lg silatulrahim antara keluarga. Saya memesan pada hubby supaya dia menguntukkan cuti dia utk percutian itu tapi apakan daya dia terpaksa bekerja pada waktu tersebut di saat2 terakhir. Marah pun tak guna sbb bukan dia sengaja....


Percutian bermula dari hari Sabtu tapi kami hanya dapat bersama pada hari Ahad kerana menunggu hubby pergi dulu. Jadi perjalanan bermula sesudah subuh dan tiba jam 10 pagi di sana. Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Karak dalam waktu yg gelap gelita tu ok je tapi waktu balik mencabar betul terutama selepas Genting Sempah terpaksa menuruni bukit yg curam dan berlekok2 tu tambah waktu petang kereta dan lori banyak. Semuanya ok cuma kena lebih berhati2. Apa pun saya yg memandu di depan di ikuti rapat oleh abang2 saya. Sayang juga mereka pada adik perempuan mrk sorang ni sbb saya sahaja lady driver dlm kumpulan kami.

Perjalanan dari Karak ke Kuantan sekarang ni pun dah senang sbb ada lebuhraya Pantai Timur walaupun hanya siap separuh tapi sudah pun melicinkan perjalanan yg kalau dulu jalan2 yg sempit tulah yg kena bersaing dgn lori2 besar. Sekarang ni perjalanan rasa sekejap je walaupun kita singgah di R & R juga. Kemudahan tempat makan, tandas dan tempat solat yg bersih menyebabkan cuti2 malaysia ni seronok benar. Tapi lepas ni kalau hubby dapat surat saman melebihi had laju harap di maafkan sbb tak sedar je dah laju je.



Anak2 pun tak sabar mengira berapa jauh jarak nak sampai sbb mrk tak sabar menemui keluarga2 yg lain yg telah tiba awal dari kami. Walaupun saya masih lg tgh demam tp demi anak2 yg telah bertungkus lumus belajar terutama kakak yg baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan. Malah saya sendiri yg menjadi cikgu di rumah, maklumlah dia byk ketinggalan terutama dlm bahasa Melayu jadi ini rehat utk semua org tapi kesian papa kena kerja. Ramai org di sana malah kakak pun terjumpa kawan sekelas dia juga bercuti di sana.


Memandangkan tempat ni hanya utk berehat semata2 jadi tak adalah nak shopping2 lagi pulak saya pun tak singgah2 tgh2 jln yg byk2 signboard kata jual keropok lekorlah apa ke sbb kat KL pun dah ada jual keropok lekor. Gi je Pasar Keramat semua makanan Pantai Timur ada. Di pintu gerbang Awana Resort tu pun ada deretan kedai2 kecil yg menjual pelbagai benda termasuklah restoran makanan segera KFC. Kat hotel pun ada Arfa batik kalau nak tapi regenya paham2 sendiri.



Sesampai je baru habis letak barang dah di ajaknya kita ke kolam. Mengenangkan pesan hubby mesti jaga anak2 sendiri jadi penat macam mana pun pergilah bawa mereka padahal dah ramai juga sepupu2 yg besar2 serta anak2 saudara yg tgh menunggu tempat ke universiti boleh menengokkan2 budak2 semua.

Anak2 bila jumpa kolam apalagi tak mahu keluarlah jadi habis semua dah hitam legam. Sebelah petang pula berjalan ke pantai sambil meninjau2 aktiviti2 yg ada termasuk berbasikal, naik bot, banana ride, jet ski dan macam2 lagilah. Pantainya bersih dan cantik tapi taklah mandi sgt sbb takut kena air masin jadi baik mandi kolam je. Dan di resort tu selain dari berenang, nak bersukan ke spa ke, pergi driving range ke semua pun ada. Seronok juga berendam dlm jakuzi air panas di tepi kolam itu. Apapun memang best tapi lebih best lagi kalau hubby ada espc bila tgh tengok matahari sedang terbit pagi. Nanti kita pergi lagi ye..... Awana Kijal

Buah tangan dari Jepun...


Hari ni masih lg terasa kepenatan sbb baru balik dari bercuti di awana kijal semalam. Jadi pagi ni tak sempat pun buat bfast utk hubby sbb dia kata tak payah dan tak nak susahkan kita. Jadi lepas dia pergi kerja baru buat sarapan dgn makaroni. Sambil minum duduk mengadap blog2 org sbb ini sahaja peluang membaca sbb tak payah nak kecoh2 pagi2 nak hantar anak sekolah sbb budak2 bercuti selama 2 minggu. Jenuh juga tak habis2 tapi semangat berkobar2 nak baca. Jadi separuh2 dulu lah.

Hari yg kami ke Awana Kijal lah hari hubby berangkat ke Jepun utk meeting, sepatutnya malam sebelumnya tp sbb plane rosak jadi delay ke paginya. Dahlah dia demam pastu delayed, sampai nak review paper lg sblm gi mtg jadi menyedari kesibukannya saya tak kirim apa2 pun utk kawan2 kat Jepun. Harap dimaafi tp kalau nak apa2 bagitau saya nanti saya hantarkan.

Dia balik smlm dgn byk buah tangan dari Jepun... terima kasih june sbb bg buah2 dan sos tu. Susah2 je dgn anak kecik lg berjalan ke ok supa membeli brg2 tu. Terima kasih daun keladi. Dan buat Erika yg sentiasa give the best to us terima kasih bg buah2, cookies dan macam2 lagilah, siap tolong arrange brg for packing dan macam2 yg dia buat utk kami. Dan anak2 saya mmg suka sgt2 dapat buah2an favourite mereka. Kat sini bukan tak ada tapi rasanya tak sama bila dapat dari sana. Terima kasih banyak2....

Saturday, May 26, 2007

Nilai cintamu...

Alkisah seorg puteri terjaga di tengah malam akibat rasa yg tidak sihat sangat. Mahu mengambil ubat, malangnya telah kehabisan akibat kelalaian sendiri tetapi mujurlah ada si putera yg sangat perihatin. Walaupun sudah jam 3 pagi si putera terus ke klinik mendapat kan penawar biarpun dilarang kerana puteri tahu dia kepenatan dan keletihan akibat pekerjaannya sehari2 yg tidak berkesudahan. Si puteri sungguh terharu dgn si putera yg yg memang sudah terbukti akan cinta kasihnya itu. Biarpun pulang ke dlm keadaan terbeban dgn tanggungjawab di luar tapi tetap mengukir senyum dan mengambil berat keadaan isi istananya. Biar istana bagai tongkang pecah, biar riuh bagai pasar, biar tak mampu nak menongkat kelopak mata malah masih jua kena membantu hal ehwal pekerjaan dalam mahligai yg dibina tetapi cinta tak luput di hati. Tiada yg bisa membalas hanya ucapan terima kasih tanda penghargaan. Besar sungguh pengorbananmu sang putera.....

Tuesday, May 22, 2007

Angin ribut...

Tengahari tadi punyalah kuat angin beserta hujan dengan kilatnya. Kita yg duduk rumah taklah sedar sangat apa yg berlaku tapi bila keluar nak ambik kakak balik sekolah barulah nampak pokok tumbang serta daun2 kayu bertaburan. Dah ambik dia, terus dia bercerita pasal bumbung sekolah dia dah diterbangkan angin dan bagaimana paniknya semua org di sekolah dgn kejadian yg tak disangka2 itu. Pagi tadi elok je panas sampai tengahari terus hujan ribut petir.

Nasib baik tak terjadi apa2 pada dia. Dia tak berhenti2 bercerita ttg kejadian yg berlaku terutama ttg semua org menangis jadi dia pun menangis jugalah. Dalam hati dia bukan risau pasal kelas dia tapi pasal mama dia, adik dia, mok dia. Sebenarnya mereka terkejut bila tiba2 bumbung kelas mereka sendiri yg melayang, dahlah mereka tengah menjalani peperiksaan PKSR 1, bila cikgu jerit suruh lari je maka bertaburanlah mereka lari ketakutan. Kertas periksa melayang ke mana dan beg2 ditinggalkan begitu sahaja kerana yg penting diri sendiri dulu. Dalam kekalutan itu adalah 2 org murid kelas lain yg tercedera. Nasib baik tak teruk.

Kejadian yg berlaku sungguh tidak disangka tapi saya kesalkan tindakan cikgu yg panik serta menangis yg menyebabkan murid2 terikut sama. Sepatutnya guru2 yg harus kuat dan tenang dlm menangi krisis barulah dapat dielakan kecederaan itu. Kena bagitau cikgu dia ni....

Sunday, May 20, 2007

Bersamamu...

Jumaat lepas saya makan tengahari bersama seorg kawan. Asalnya saya mengenali sidia kerana terlibat dalam satu urusan tetapi kerana kekerapan berhubung bertukar menjadi teman. Lebih2 lagi saya mengenali nya sebagai seorg balu yg kehilangan suami tercinta, membesarkan 4 org anak yatim yg masih kecil2 lagi sendirian. Hati saya teramat kagum dgn keupayaan beliau yg tabah serta cekal dlm menghadapi kehidupan ini. Walaupun banyak badai yg melanda tetapi beliau tetap tenang malah semangatnya menjadikan kita sendiri turut kuat dlm kehidupan ini. Ini menjadikan saya insaf diri. Terasa betapa bertuahnya org2 yg tersayang masih berada disisi. Inilah masa utk sentiasa menghargai mereka. Saya berharap sidia tetap kuat dan akan menemui kebahagiaan baru suatu hari nanti.

Sebelah malamnya pula saya menyaksikan rancangan Bersamamu... Hiba sungguh rasa hati melihat kehidupan sebuah keluarga yg sangat daif. Walaupun si bapa telah berusaha kuat tapi nasib tidak menyebelahinya jadi kehidupan mereka betul2 susah. Rumah pun tak spt rumah. Makan apalah lagi. Anak ke sekolah pun diejek kawan kerana memakai baju lusuh. Melihatkan anak demam pun sibapa tak mampu utk membawa anak itu ke klinik. Hanya ayat2 Quran yg mampu dibacakan utk anak itu. Malah sibapa itu juga tidur dlm keadaan tidak menjamah apa2 makanan.

Pilu sungguh melihat masih ada yg tak mampu utk makan pun. Kita yg boleh makan pun tak mahu makan. Kalau makan pun memilih yg mahal. Itu belum termasuk yg membazir makanan. Saya selalu menasihati anak2 agar makanan harus dihabiskan, mula2 ambik mesti sikit dulu dan berkongsi makanan. Selagi ada rezeki boleh makan maka hargailah, ingatlah pada yg susah.
Ini baru susah sikit dah merungut bagai nak rak sedangkan org yg susah tetap sabar je. Baru ada masalah sikit dah rasa macam di hujung dunia. Padahal jika kita memandang ke bawah maka kita akan sedar betapa bertuahnya kita. Tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima maka sumbang2kanlah buat org yg kurang dari kita.

Saturday, May 19, 2007

Berjalan2 serta shopping yg plg boring....

Shopping yg plg boring bila pergi dgn lelaki... kita kalau belum sampai ke tempat di tuju akan singgah2 di tengah2 jalan sebelum sampai ke tempat membeli belah. Dah sampai pun tapi selagi belum tiba ke tempat brg yg nak dibeli maka kita akan pusing2 ke sana sini dulu tapi kalau dgn si lelaki , mesti pergi terus ke tempat brg yg nak di beli, pendek kata takdelah nak detour ke apa ke. Begitu juga dgn pilihan barang, kalau boleh kita akan pergi selidik dulu jenis barangan dan pilihannya, tapi kalau org lelaki, jumpa je terus ambik je tak payah nak survey ke apa ke. Apa barang nak terus ambik.

Hatta masa berjalan pun begitu juga, kalau nak pergi ke sesuatu tempat maka di situlah sahaja di kunjungi kalau nampak tempat menarik tgh jalan ke... hampeh dia nak berhenti... kalau saja nak pusing2 kenal jalan lg hampeh... bg mereka membuang masa dan tenaga jadi jawabnya malas. Tambah kalau berjalan dgn budak2 lagi tak ingin nak perginya. Budak2 sendiri pun kalau pergi tmn mainan atau kedai mainan, tak apa tapi selain dari tu tariklah muncung masing2.

Itu sebab senang lagi pergi sendiri, nak pergi mana, nak singgah mana atau nak buat apa tak ada org tarik muncung. Tapi mungkin bukan semua lelaki bersikap begitu, ada juga yg lebih suka berjalan.... yg dapat tak suka berjalan ni nasiblah.....

Friday, May 18, 2007

AGM


Sibuk bekerja tapi mesyuarat mesti pergi... kena tunjuk muka kat datuk2 harap2 senang dapat bantuan.

Belated Hari Ibu Dan Hari Guru...

Beberapa hari penyambungan internet terganggu maklumlah katanya port atas bukit, senang kena sambar petir jadi terputuslah hubungan seketika sehingga kini.

Jadi biar lambat ucapan tetap diberi .... Selamat hari ibu dan hari guru....

Tuesday, May 01, 2007

Kenduri, pameran buku dan hari pekerja....

Minggu lepas ada kenduri doa selamat sbb ada adik beradik saya serta keluarga pergi menunaikan ibadat umrah. Alhamdullilah dalam kesibukan orang tidak dapat visa utk ke tanah suci tapi buat mereka semuanya berjalan dgn lancar. Semoga berterusan hingga pulang nanti. Kesian mak saya yg sunyi seketika, saya tidak dapat menemaninya setiap hari kerana hubby pun baru pulang dari kerja luar dan tambahan pula cuti berturut2 hari, jadi di rumah sahaja menemaninya berehat di samping memenuhi kenduri2 lain.

Dalam kesibukan kenduri tahlil keluarga hubby, kenduri kahwin jiran depan rumah kami sempat juga bertandang ke pameran buku. Pameran berlansung dari 27 April hingga 6 Mei di PWTC. Besar sungguh kali ini, macam2 ada sampai rambang mata saya. Ini yg ditunggu2 setelah 2 kali ketinggalan. Bila dapat buku apalagi tak kenal dunia lain dah. Buku2 latihan budak2 pun ada yg dijual Rm1, Rm2 sungguh murah2. Rasa macam nak pergi lagi tapi tak larat ramai sgt orang. Dah beli banyak pun rasa macam tak cukup lagi tambah anak2 pun dah mula menyukai buku2 apalagi sekejap baca pun dah habis dah. Kenapalah mereka tak buat pameran dua kali dalam setahun?

Hari ni cuti hari pekerja... selamat bercuti dan beristirehat sambil menonton konsert 3 diva di tv.