Tuesday, May 22, 2007

Angin ribut...

Tengahari tadi punyalah kuat angin beserta hujan dengan kilatnya. Kita yg duduk rumah taklah sedar sangat apa yg berlaku tapi bila keluar nak ambik kakak balik sekolah barulah nampak pokok tumbang serta daun2 kayu bertaburan. Dah ambik dia, terus dia bercerita pasal bumbung sekolah dia dah diterbangkan angin dan bagaimana paniknya semua org di sekolah dgn kejadian yg tak disangka2 itu. Pagi tadi elok je panas sampai tengahari terus hujan ribut petir.

Nasib baik tak terjadi apa2 pada dia. Dia tak berhenti2 bercerita ttg kejadian yg berlaku terutama ttg semua org menangis jadi dia pun menangis jugalah. Dalam hati dia bukan risau pasal kelas dia tapi pasal mama dia, adik dia, mok dia. Sebenarnya mereka terkejut bila tiba2 bumbung kelas mereka sendiri yg melayang, dahlah mereka tengah menjalani peperiksaan PKSR 1, bila cikgu jerit suruh lari je maka bertaburanlah mereka lari ketakutan. Kertas periksa melayang ke mana dan beg2 ditinggalkan begitu sahaja kerana yg penting diri sendiri dulu. Dalam kekalutan itu adalah 2 org murid kelas lain yg tercedera. Nasib baik tak teruk.

Kejadian yg berlaku sungguh tidak disangka tapi saya kesalkan tindakan cikgu yg panik serta menangis yg menyebabkan murid2 terikut sama. Sepatutnya guru2 yg harus kuat dan tenang dlm menangi krisis barulah dapat dielakan kecederaan itu. Kena bagitau cikgu dia ni....

No comments: