

Percutian bermula dari hari Sabtu tapi kami hanya dapat bersama pada hari Ahad kerana menunggu hubby pergi dulu. Jadi perjalanan bermula sesudah subuh dan tiba jam 10 pagi di sana. Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Karak dalam waktu yg gelap gelita tu ok je tapi waktu balik mencabar betul terutama selepas Genting Sempah terpaksa menuruni bukit yg curam dan berlekok2 tu tambah waktu petang kereta dan lori banyak. Semuanya ok cuma kena lebih berhati2. Apa pun saya yg memandu di depan di ikuti rapat oleh abang2 saya. Sayang juga mereka pada adik perempuan mrk sorang ni sbb saya sahaja lady driver dlm kumpulan kami.



Memandangkan tempat ni hanya utk berehat semata2 jadi tak adalah nak shopping2 lagi pulak saya pun tak singgah2 tgh2 jln yg byk2 signboard kata jual keropok lekorlah apa ke sbb kat KL pun dah ada jual keropok lekor. Gi je Pasar Keramat semua makanan Pantai Timur ada. Di pintu gerbang Awana Resort tu pun ada deretan kedai2 kecil yg menjual pelbagai benda termasuklah restoran makanan segera KFC. Kat hotel pun ada Arfa batik kalau nak tapi regenya paham2 sendiri.

Sesampai je baru habis letak barang dah di ajaknya kita ke kolam. Mengenangkan pesan hubby mesti jaga anak2 sendiri jadi penat macam mana pun pergilah bawa mereka padahal dah ramai juga sepupu2 yg besar2 serta anak2 saudara yg tgh menunggu tempat ke universiti boleh menengokkan2 budak2 semua.
Anak2 bila jumpa kolam apalagi tak mahu keluarlah jadi habis semua dah hitam legam. Sebelah petang pula berjalan ke pantai sambil meninjau2 aktiviti2 yg ada termasuk berbasikal, naik bot, banana ride, jet ski dan macam2 lagilah. Pantainya bersih dan cantik tapi taklah mandi sgt sbb takut kena air masin jadi baik mandi kolam je. Dan di resort tu selain dari berenang, nak bersukan ke spa ke, pergi driving range ke semua pun ada. Seronok juga berendam dlm jakuzi air panas di tepi kolam itu. Apapun memang best tapi lebih best lagi kalau hubby ada espc bila tgh tengok matahari sedang terbit pagi. Nanti kita pergi lagi ye..... Awana Kijal
No comments:
Post a Comment