Sunday, May 20, 2007

Bersamamu...

Jumaat lepas saya makan tengahari bersama seorg kawan. Asalnya saya mengenali sidia kerana terlibat dalam satu urusan tetapi kerana kekerapan berhubung bertukar menjadi teman. Lebih2 lagi saya mengenali nya sebagai seorg balu yg kehilangan suami tercinta, membesarkan 4 org anak yatim yg masih kecil2 lagi sendirian. Hati saya teramat kagum dgn keupayaan beliau yg tabah serta cekal dlm menghadapi kehidupan ini. Walaupun banyak badai yg melanda tetapi beliau tetap tenang malah semangatnya menjadikan kita sendiri turut kuat dlm kehidupan ini. Ini menjadikan saya insaf diri. Terasa betapa bertuahnya org2 yg tersayang masih berada disisi. Inilah masa utk sentiasa menghargai mereka. Saya berharap sidia tetap kuat dan akan menemui kebahagiaan baru suatu hari nanti.

Sebelah malamnya pula saya menyaksikan rancangan Bersamamu... Hiba sungguh rasa hati melihat kehidupan sebuah keluarga yg sangat daif. Walaupun si bapa telah berusaha kuat tapi nasib tidak menyebelahinya jadi kehidupan mereka betul2 susah. Rumah pun tak spt rumah. Makan apalah lagi. Anak ke sekolah pun diejek kawan kerana memakai baju lusuh. Melihatkan anak demam pun sibapa tak mampu utk membawa anak itu ke klinik. Hanya ayat2 Quran yg mampu dibacakan utk anak itu. Malah sibapa itu juga tidur dlm keadaan tidak menjamah apa2 makanan.

Pilu sungguh melihat masih ada yg tak mampu utk makan pun. Kita yg boleh makan pun tak mahu makan. Kalau makan pun memilih yg mahal. Itu belum termasuk yg membazir makanan. Saya selalu menasihati anak2 agar makanan harus dihabiskan, mula2 ambik mesti sikit dulu dan berkongsi makanan. Selagi ada rezeki boleh makan maka hargailah, ingatlah pada yg susah.
Ini baru susah sikit dah merungut bagai nak rak sedangkan org yg susah tetap sabar je. Baru ada masalah sikit dah rasa macam di hujung dunia. Padahal jika kita memandang ke bawah maka kita akan sedar betapa bertuahnya kita. Tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima maka sumbang2kanlah buat org yg kurang dari kita.

No comments: