Tuesday, May 01, 2007

Kenduri, pameran buku dan hari pekerja....

Minggu lepas ada kenduri doa selamat sbb ada adik beradik saya serta keluarga pergi menunaikan ibadat umrah. Alhamdullilah dalam kesibukan orang tidak dapat visa utk ke tanah suci tapi buat mereka semuanya berjalan dgn lancar. Semoga berterusan hingga pulang nanti. Kesian mak saya yg sunyi seketika, saya tidak dapat menemaninya setiap hari kerana hubby pun baru pulang dari kerja luar dan tambahan pula cuti berturut2 hari, jadi di rumah sahaja menemaninya berehat di samping memenuhi kenduri2 lain.

Dalam kesibukan kenduri tahlil keluarga hubby, kenduri kahwin jiran depan rumah kami sempat juga bertandang ke pameran buku. Pameran berlansung dari 27 April hingga 6 Mei di PWTC. Besar sungguh kali ini, macam2 ada sampai rambang mata saya. Ini yg ditunggu2 setelah 2 kali ketinggalan. Bila dapat buku apalagi tak kenal dunia lain dah. Buku2 latihan budak2 pun ada yg dijual Rm1, Rm2 sungguh murah2. Rasa macam nak pergi lagi tapi tak larat ramai sgt orang. Dah beli banyak pun rasa macam tak cukup lagi tambah anak2 pun dah mula menyukai buku2 apalagi sekejap baca pun dah habis dah. Kenapalah mereka tak buat pameran dua kali dalam setahun?

Hari ni cuti hari pekerja... selamat bercuti dan beristirehat sambil menonton konsert 3 diva di tv.

No comments: