Saturday, May 26, 2007

Nilai cintamu...

Alkisah seorg puteri terjaga di tengah malam akibat rasa yg tidak sihat sangat. Mahu mengambil ubat, malangnya telah kehabisan akibat kelalaian sendiri tetapi mujurlah ada si putera yg sangat perihatin. Walaupun sudah jam 3 pagi si putera terus ke klinik mendapat kan penawar biarpun dilarang kerana puteri tahu dia kepenatan dan keletihan akibat pekerjaannya sehari2 yg tidak berkesudahan. Si puteri sungguh terharu dgn si putera yg yg memang sudah terbukti akan cinta kasihnya itu. Biarpun pulang ke dlm keadaan terbeban dgn tanggungjawab di luar tapi tetap mengukir senyum dan mengambil berat keadaan isi istananya. Biar istana bagai tongkang pecah, biar riuh bagai pasar, biar tak mampu nak menongkat kelopak mata malah masih jua kena membantu hal ehwal pekerjaan dalam mahligai yg dibina tetapi cinta tak luput di hati. Tiada yg bisa membalas hanya ucapan terima kasih tanda penghargaan. Besar sungguh pengorbananmu sang putera.....

2 comments:

Hani said...

amboi!! bertuah sungguh siputeri tu yer ;-)
apa khabar Sue? lama sungguh tak berbicara ngan Sue yer. maaf yer. kirim salam pada sang putera dan juga peluk cium untuk anakanda berdua.

meksu said...

tima kaseh tanya khabar cik hani... org tanya sihat je.... sebenarnya mmg dah demam akibat keletihan dan kesibukan ke sana dan ke mari dan macam2 lagi. Ini pun baru balik bercuti di Kijal tp masih rasa tak larat lagi cuma nasib baik anak2 dah cuti sekolah jadi bolehlah gi kerja tghari sikit. Pagi2 ni nak check emel dan paperwork sikit. kalau larat boleh tulis pasal gi Kijal.
Hani apa khabar? harap sihat, juga harap ringo chan pun sihat, rindu kat dia lama tak tengok. Bila nak balik Mesia?