Saturday, May 19, 2007

Berjalan2 serta shopping yg plg boring....

Shopping yg plg boring bila pergi dgn lelaki... kita kalau belum sampai ke tempat di tuju akan singgah2 di tengah2 jalan sebelum sampai ke tempat membeli belah. Dah sampai pun tapi selagi belum tiba ke tempat brg yg nak dibeli maka kita akan pusing2 ke sana sini dulu tapi kalau dgn si lelaki , mesti pergi terus ke tempat brg yg nak di beli, pendek kata takdelah nak detour ke apa ke. Begitu juga dgn pilihan barang, kalau boleh kita akan pergi selidik dulu jenis barangan dan pilihannya, tapi kalau org lelaki, jumpa je terus ambik je tak payah nak survey ke apa ke. Apa barang nak terus ambik.

Hatta masa berjalan pun begitu juga, kalau nak pergi ke sesuatu tempat maka di situlah sahaja di kunjungi kalau nampak tempat menarik tgh jalan ke... hampeh dia nak berhenti... kalau saja nak pusing2 kenal jalan lg hampeh... bg mereka membuang masa dan tenaga jadi jawabnya malas. Tambah kalau berjalan dgn budak2 lagi tak ingin nak perginya. Budak2 sendiri pun kalau pergi tmn mainan atau kedai mainan, tak apa tapi selain dari tu tariklah muncung masing2.

Itu sebab senang lagi pergi sendiri, nak pergi mana, nak singgah mana atau nak buat apa tak ada org tarik muncung. Tapi mungkin bukan semua lelaki bersikap begitu, ada juga yg lebih suka berjalan.... yg dapat tak suka berjalan ni nasiblah.....

No comments: