Monday, February 19, 2007

Cuti Raya Cina

Semenjak hari Sabtu semua org akan bercuti sampai hari Selasa utk Tahun Baru Cina. Sekolah kakak akan dibuka pada hari Khamis dan sekolah adik hanya akan bermula pada Isnin minggu depan. Seronoknya mamanya dapat cuti. Ingat nak beriadah di taman tapi semenjak minggu lepas hujung turun bagaikan musim tengkujuh. Adakala sepanjang hari sehingga tak nampak mentari. Katanya akan tiba musim kering tapi musim bah pula yg tiba. Tahulah hujan2 sejuk ni nak buat apa pun malas dan jemur kain pun tak kering. Nampaknya kenalah hantar ke kedai dobi.

Cuma semalam ada waktu panasnya tapi bila petang hujan menggila kembali. Walaupun begitu sempatlah kami balik kg hubby utk upacara merisik. Wah terasa diri ni tuanya sbb dah masuk dlm golongan org yg duduk berbincang menerima tetamu yg datang. Sepupunya akan melansungkan pertunangan bulan Mac ini jadi keluarga pihak lelaki datang berkenalan sambil membawa cincin tanya. Saya rasa ini pertama kali saya menghadiri upacara spt ini. Dulu masa diri sendiri yelah mestilah kita tunggu di dapur takkan nak duduk sekali. Mahu org kata gediknya anak dara ni tak sabar2 nak berlaki. hahaha... bila ingat balik betapa gementar juga sbb risau juga apa pandangan pihak keluarga lelaki terhadap kita sebab bukan ibubapa sahaja yg datang tapi pakcik, makcik dan org yg lebih tua juga datang. Itulah waktunya mereka menilai keluarga kita dgn lebih dekat.

Saya bersyukur kerana mendapat keluarga mentua yg menerima kita seadanya dgn ibubapa kita sendiri yg tidak memilih dan meletakkan kebebasan kepada kami sendiri dalan hal2 adat spt duit hantaran dan brg2 hantaran. Jadi semuanya senang kerja sbb bakal pengantin sendiri yg tetapkan semua. Itu juga yg kami cuba beritahu sepupunya supaya sendiri berbincang dgn bakal suami ttg kesanggupan dan apa yg mereka inginkan utk majlis mereka sendiri. Senang ikut kemampuan dan cuma bab2 majlis mana2 tak cukup kita semua akan membantu.Rasanya itu suatu pengalaman permulaan yg bagus bagi mereka yg ingin memulakan hidup berumahtangga. Mengajar mereka merancang, bermuafakat dan bertolak ansur supaya kemudian hari juga mereka bisa melakukan hal yg sama.

No comments: