Wednesday, February 21, 2007

OH....PMS

Tiap2 bulan ia akan tiba kerana kalau ia tak datang maka adalah sesuatu akan terjadi. Sesetengah akan mengatakan ia masalah dan penyakit tapi sebenarnya ia menunjukan bahawa ia adalah sesuatu yg normal utk seorg wanita kerana tanpanya samada kita sudah melewati zaman atau bukan wanita sejati. Sejak zaman berzaman ia adalah sesuatu perkara yg tidak dibincangkan tapi dgn perubahan kemodenan hidup ia adalah suatu perkara yg biasa di bualkan. Terlebih banyak dan kesakitan menandakan adanya kemungkinan sakit yg lain atau perubahan sebelum kemunculannya menyebabkan kita tidak selesa, sensitif, sedih, marah dan pelbagai lagi. Buat sang suami fahamilah dan layanlah kekasih hati yg sedang melaluinya kerana belaian kasih sayang mampu membantunya mengharungi dgn lebih ceria. Bagi saya ..... itulah masanya kenyataan " ..u tak sayang i ye...." keluar utk mengharap sidia memberi perhatian yg lebih.... alangkah seronoknya bila sidia mula memujuk...

No comments: