Monday, February 12, 2007

Gembira tapi sedihnya...

Hujung minggu sebab hubby ada game di Melaka maka kita orang pun ikut jelah berjalan ke sana. Mulanya saya tak mahu ikut tapi bila memikirkan nanti dia akan keseorangan memandu pulang malam2 sbb lepas game ada dinner lagi jadi pergilah. Lagipula dia yg sibuk2 memberi pelbagai idea supaya kami ni ikut, sebenarnya dia yg tidak boleh nak berenggang dan akan rasa bersalah jika terpaksa meninggalkan kami pada hari yg dia sepatutnya boleh meluangkan masa utk kami. Setelah tinggalkan dia di Ayer Keroh maka saya terus memandu ke Bandar Melaka utk check in di Hotel Mahkota Melaka. Jalan sesak sbb agaknya tengah bandar tapi 'happenning' habis. Tempat dia cantik sangat. Tepi laut dgn angin yg segar.

Sesudah menyegarkan diri maka kami memandu di sekitar tempat bersejarah. Tengah nak bergambar datang pakcik baba ni tanya nak sewa beca ke tidak. Disebabkan anak2 tak pernah naik maka kami pun bersetuju. Kalau kat kelate beca ni di panggil teksi. Nak gi mana2 dalam bandar bayar RM2 je sorang sekali tapi yg ini kira sejam RM40. Oklah tu sbb bukan senang nak mengayuh bawa org yg berat2 ni dan kami pun dapat menyaksikan seluruh pelusok bandar Melaka ini. Habislah juga tempat2 bersejarah macam Istana Melayu Lama Melaka, A Farmosa, Dataran Pahlawan, Masjid Tanjung Keling, Muzium2 termasuk Muzium kapal, Red Building, makam Hang Jebat, china town dan macam2 lagilah. Lepas tu barulah pergi pula ke tempat membeli belah. Shopping buah tanganlah alang2 dah datang.

Saya sungguh teruja dapat melawat ke bandar Melaka ni kerana bandar dia cantik, bersih dan org2nya ramah tamah. Mereka memang siap utk menerima pelancong tapi kalau nak dibandingkan dgn KL ni jauh bezanya. Patutlah kalau tengok tempat pelancongan yg menarik di Malaysia ni dlm Travellers blog selain daki gunung Kinabalu, menyelam di pulau2 indah, melawat kuil di Batu Caves tu dan pasar Siti Khadijah di Kelantan, Melaka juga sangat terkenal.

Anak2 pun sangat seronok tambah bila dapat berenang di kolam hotel yg cantik. Sambil mereka mandi saya sempat menanya tempat2 makan yg popular di sini. Selain dari ikan bakar di Umbai, masakan asam pedas `juga menjadi tumpuan. Mereka memberi panduan ke Restoran asam pedas di Kota Laksamana. Orang memang ramai dan kedainya dibuka sampai pukul 5 pagi tapi agaknya kami tak biasa jadi bagi kami tak adalah sesedap mana. Mungkin nak kena tanya orang lain lagi kot.

Tgh nak balik hubby telefon kata dah balik dah maka kelam kabut balik hotel, nasib baik tak pergi cari makan di Umbai kalau tak mesti tak boleh nak balik cepat.Dia pun tak sangka kita dah habis pusing bandar cuma tak sempat pergi pasar malam Jonker Street sbb anak2 tak mahu. Kalau saya sorang dah lama sampai dah. Jadi esoknya, selepas puas anak2 berenang kami pusing2 ke Ayer Keroh menyaksikan rumah2 Malaysia dan Asean di Taman Mini. Di sekitar situ ada Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Botanikal dan macam2 lagilah.Saya suka sangat tengok bentuk rumah2 lama di Malaysia di Taman Mini tu tapi ada ruang lagi utk menjadikan tempat itu lebih menarik. Ada tarian traditional juga dipersembahkan tapi kalau mereka persembahkan juga permainan traditional mesti lebih meriah.

Posing bagai nak rak.... ni nak cerita sedih ni.... balik rumah terpadam habis gambar yg di ambil jadi tak adalah kenangan keindahan Melaka bandar bersejarah ni... waaa...waa.....

oops lupa... hari ni dah genap berapa tahun ye kami berkahwin????

No comments: