Friday, January 05, 2007

Hari ke 2 sekolah

Adik dah cuti dan mula sekolah balik Isnin depan jadi mereka sempatlah mengaji waktu pagi sebab kakak sekolah petang. Bila adik dah sekolah, mereka kena pergi malam sebab malas nak ulangalik2 diantaranya, senang hantar 2 org ke tmpt yg sama pada waktu yg sama.

Kakak sibuk buat latihan Kumon tu sampai terlambat bersiap nak ke sekolah. Kiranya sampai sekolah cepat2 cari tempat mereka berkumpul dan beratur terus cikgu datang. Biasalah meksulah tukang bawa beg sbb beg dia berat walaupun mengikut jadual waktu sbb kat sekolah bukan ada loker boleh simpan barang, semua kena bawa pergi dan balik. Dah sampai situ tunggu je lah dengar cikgu yg bertugas berucap. Alahai kita baru je pesan kat kakak jangan cakap kasar2 nak marah budak2 dalam kelas tapi cikgu kat situ dah terjerit2 nak mengingatkan anak2 murid. Memang begitukah?

Balik petang ambik kakak dah muka sedih dah. Terus dia kata tak nak jadi monitor lagi. La kakak ni apahal pula? Rupanya cikgu tegur dia sbb suara dia tak kuat. Kan ketua kelas kena cakap dulu salam atau terima kasih sebelum budak2 lain ikut. Agaknya suara dia tak kuat sgt cikgu tegurlah, tu yg dia sedihlah. Hmm kakak ni memang tak reti nak jerit2 tambah masa dia kat intn'l school mana nak cakap macam tu. Cikgu kat sana cakap macam berbual lepas tu siap peluk2 lagi tu yg dia sedih sgt tu. Macam manalah nak fahamkan dia. Nampak gaya kena ikut je lah rentak yg biasa org buat.

"Kakak inilah kehidupan.... kita kena kuat hadapi teguran utk kebaikan. Dalam hidup ni akan macam2 kita lalui apa yg kakak lalui sekarang hanya sikit je dari keseluruhan hidup ini. Macam apa cikgu kata tu betullah sbb kalau suara tak kuat nanti budak lain tak dengar kalau mereka tak dengar macam mana mereka nak ikut sebut. Lagipulak perempuan memang suara perlahan jadi kena jerit sikit tu sebab kakak dengar cikgu perempuan kat situ cakap macam terjerit jerit dan cikgu2 lelaki tu cool je sbb suara mereka memang dah kuat. jadi kakak jerit jelah...etc..."

"Lagi mama cikgu bm suruh kutip duit dari budak2 semua utk buat beli kertas2 ujian ( agaknya utk fotostat kot) ..." " cikgu minta sumbangan bateri utk jam dalam kelas..." " lagi... balik2 cikgu kata macam tahun lepas padahal kakak mana ada tahun lepas...."

Alahai cikgu bm dia ni baru semalam kita bayar yuran tak nak pulak dia nak bincang dgn cikgu kelas utk minta terus bayaran tu, ni nak jugak menyusahkan budak2 nak bawa duit kemudian. Padahal pastinya benda ni sama tiap2 tahun. Sama jugalah masa nak bayar yuran kat cikgu, kalkulator pun tak ada. Kita kalau dah dapat senarai tu awal2 bolehlah siap2 kira kat rumah tapi masa tu baru dapat jadi macam mana nak kira. Nasib ada handfon. Lepas tu pulak kalau ada apa2 kegunaan dlm kelas teruslah minta duit siap2 dan dah ada duit belilah apa benda yg nak guna tu jadi tak payah menyusahkan ibu bapa lagi. Bukanlah tak boleh nak menyusahkan ibubapa tapi bukankah nampak lebih terancang dan professional. Ni kalau kita kerja ofis semua bos kata be professional tapi kenapa cikgu tidak.

Banyak sangat pulak bebel ni mesti cikgu2 marah kat saya tapi memang saya rasa ada ruang utk diperbaiki jadi tolonglah demi anak nusa dan bangsa. Apa mereka akan jadi segalanya bermula di sini jadi kalau di sekolah pun bukan tempat yg mereka ambil sbg contoh nak ambil di mana lagi?

No comments: