Thursday, January 18, 2007

Terima kasih teman...

Susah sungguh nak curi masa nak melepak di sini. Siang hari memang tak ada dirumah seharian bermula dari 8 pagi hantar adik ke sekolah terus sehingga ke malam kakak balik dari sekolah baru kita balik rumah. Malam nak guna benda ni jgn harap sbb kalau dearest hubby balik samada dia yg tunggu pc atau dia mesti nak kita mengadap dia. Teman makan, bercerita, tengok tv, mengurut dan macam2lah. Tapi sekarang dia balik lambat, anak kat tempat ngaji jadi apalagi merdeka.... kita cerita banyak2.

Mula2 nak ucap terima kasih buat teman2 yg bertanya khabar kerana perihatin dgn masalah kakak yg baru mula bersekolah.Sekejap bermesej skpe sekejap bermesej yahoo messenger semuanya dalam masa yg sama sbb kebetulan saya tengah online. Yelah jarang sangat saya ngadap sini malam2 itu yg kadangkala yg org menyapa saya tak ada.

Kakak sudah okay walaupun sebelum ni dia sampai kecut2 perut nak pergi sekolah tapi disebabkan cikgu kelas dia yg sangat perihatin terhadap dia, memberi perhatian pada dia malah sewaktu dia kata nak letak jawatan ketua kelas pun cikgu tu pujuk dia utk mencuba selama sebulan lagi bagi memberi masa dia menyesuaikan diri. Cikgu itu bersungguh2 meyakinkan dia serta meminta dia memberitahu cikgu jika dia ada apa2 masalah atau keraguan malah cikgu tu siap bertukar2 mesej dgn mamanya utk memberitahu keadaan kakak di sekolah. Saya pun amat berterima kasih pada cikgunya itu sebab bersungguh2 menjaga kebajikan kakak disekolah.Jadi kalau ada apa2 berita cepat juga saya mengetahuinya.

Malah sehingga hari ini ternyata guru2 yg lain juga amat menyenangi keperibadian kakak yg berdisiplin dan cemerlang dalam kelas. Syukur dia tidak menghadapi sebarang masalah dlm pembelajaran mungkin kerana masa di Jepun dulu dia dah biasa membuat latihan2 dari buku2 yg saya beli dari tahun satu sehingga tahun tiga dan sebelum buka sekolah dia sudah mula membuat latihan tahun empat di samping mengikuti latihan kumon.

Dia dan adik juga mendapat sijil penghargaan dari GM Kumon (M) atas kejayaan cemerlang menjadi Advanced Student (kiranya melebihi dari tahap sekolah biasa utk usia mereka) yg ditunjukkan selama 3 bulan mengikuti kelas tersebut. Hari tu bolehlah sbb mereka tak sekolah jadi latihan mereka 50 mukasurat matematik dan 30 mukasurat bagi bahasa inggeris sehari. Semenjak sekolah ni mereka hanya membuat 10 helai muka surat matematik dan 20 helai muka surat bagi bahasa inggeris sehari.

Saya bukanlah nak memaksa anak menjadi pandai cuma nak mereka tidak ketinggalan berbanding org lain tapi semenjak mengikut program Kumon mereka dgn sendirinya boleh berdisiplin melakukan latihan2 tersebut tanpa perlu saya memaksa. Saya pun hairan sbb anak2 saya selalunya malas sgt nak belajar. Mungkin cara dan pendekatannya yg memupuk disiplin anak2.

Jadi terima kasih yg mencadangkan Score A, saya sangat menghargainya cuma buat masa ni saya tak tahu lagi nak selit kat mana utk mereka menyertainya kerana masa mereka sudah penuh. Saya mahu juga mereka bermain dan berinteraksi dgn sepupu2 mereka sebab anak2 juga perlu permainan dan rehat.

Walaubagaimanapun terima kasih sekali lagi buat teman2 yg perihatin.

Oh ya lupa pulak... tawaran mengajar terpaksa saya tolak sebab hubby tak suka, katanya nanti tak ada masa utk anak2...(padahal sebenarnya nanti tak ada masa utk dia)...hmmm... duduklah mengadap dia.. oo kena pergi segera sebelum dia balik.....

No comments: