Monday, January 01, 2007

SALAM EIDULADHA DAN TAHUN BARU

Wah dah berabuk teruk dah tempat ni sbb lama dah tak berkunjung ke sini. Tak tahulah apakah kesibukan yg teruk sgt sampai tak sempat nak buat apa2. Ni lah tahun baru ni nak berazam nak lebih rajin duduk di sini dan meneruskan minat penulisan. Biar sikit jangan tak ada langsung kan. Minta maaflah kalau sesapa menjenguk tapi tak ada apa yg terisi. Semoga lepas ni yg jauh didekat2kan dan yg dekat kita rapat2kan lagi.

Selamat berqurban dan menyambut raya haji. Semalam meksu dah buat kenduri qurban di rumah mak meksu. Rumah mak meksu tiap2 tahun mesti buat qurban tahulah orghe klate raya haji lagi meriah. Meriahnya sambil berkumpul keluarga, baca yasin dan tahlil. Penat tak terkiralah membantu memasak dan memastikan semuanya berjalan lancar maklumlah anak perempuan sorang jadi kenalah jadi pembantu yg cekap, tapi sebenarnya meksu tak bersendirian kerana dibantu oleh kakak2 ipar yg juga cekap2 memasak. Hok bukhe orghe klate pun pandai masok lauk klate. Belum lg denga dia orghe kecek klate tu. Nok suko jugok meksu denga. Bertuah jugalah meksu yg dapat kakak2 baik2 ni. Banyak yg kita harus bersyukur dalam hidup ini jadi bila ada lebih tu bagilah pada yg tiada.

Sedar tak sedar dah masuk tahun baru pun. Mulalah meksu fikir apalah yg meksu dah capai setakat ni. Rasanya kena duduk balik fikir dan tulis apakah matlamat dan tindakan yg patut meksu buat utk lebih mencapai apa yg di hajati atau apa yg patut dibuat. Hidup meksu sejak hujung2 tahun ni sebenarnya banyak lebih kepada benda yg menyeronokkan selain dari tugas rumahtanggalah seperti makan angin ke Singapura, shopping, keluar makan2 dgn kawan2, tengok wayang, main co game jadi meksu rasa patut dilakukan sesuatu supaya tak berada dalam honeymoon mood je. Sebenarnya badan pun dah bertambah2 naiknya.... nak kena buat azam nak turunkan berat badan ni....

Rasa bersalah pula asyik berseronok sahaja sedangkan banyak lagi kerja yg berfaedah terbengkalai. Cuma kerja cari makan meksu tu memang cuti kalau dah dekat2 nak hujung tahun dan akan bermula kembali dalam bulan February nanti yelah bila bayaran dah masuk dan akaun pun dah tutup tunggu sahajalah kerja baru datang. Nasib baiklah juga sebab awal2 tahun ni sibuklah nak menyiapkan anak2 nak masuk sekolah. Tambah anak2 meksu dah bercuti lama dari sekolah. Risau pula fikir boleh ke mereka menghadapi situasi baru disekolah. Harap2 biarlah mereka cepat belajar dgn perubahan itu dan tabah menghadapinya.

Pada semua SELAMAT BERQURBAN DAN SELAMAT TAHUN BARU semoga kita diberkati dan mendapat barkah dalam menjalani kehidupan sehari2. Yang nak buat azam pun buatlah tapi jgn azam tinggal azam shj... ni nak mengingatkan meksu sendiri ni...

3 comments:

JUZ ME said...

selamat hari raya aidil adha kak sue...

meksu said...

selamat hari raya june... macam mana raya di sana, ada buat makan2 tak?

JUZ ME said...

salam kak sue.., masa hari raya hari tu rahim pergi ke sendai jadi kita tak pergi ke embassy. petang tu..june, syafiq n syafiqa pergi beraya ke rumah kak nora kat yamate. kak sue kenalkan kak nora, anak dia sekolah sama dengan sabrina..