Sunday, January 28, 2007

Hujung minggu...

Apakah aktiviti di hujung minggu? Di KL hujung minggu apalagi menebeng (meminjam perkataan seorg blogger) dgn teh tarik dan tosei di kedai mamak. Fuh best... melepaklah tapi kekadang tak boleh lama sbb duduk kat KL ni byklah jemputan kenduri kahwin ke kenduri keluarga serta saudara mara diterima. Tak pergi tak baiklah tak menunaikan jemputan orang tapi jika pergi yelah kenalah korbankan waktu tersebut.

Spt malam semalam Di Dewan Perdana Felda ada undangan perkahwinan kawan hubby, sungguh meriah dgn tema warna ungu tapi biasalah lamalah aturcaranya, walau bagaimanapun tak terasa sgt kerana ada selingan penyanyi jemputan dan imbasan ttg pengantin tersebut dan yg paling menarik ucapan dari bapa pengantin yg penuh dgn kata2 yg penuh nasihat, menghiburkan dalam bentuk pengucapan melayu lama. Kita yg mendengar pun turut teruja. Jarang sgt dapat dgr madah, pantun dan gurindam jiwa ni di zaman moden ni....

Selain itu minggu lepas kami balik ke kg datuk hubby kerana ada kenduri arwah jadi sambil balik kg sambil petik buah. Musim buah rambutan mana2 pun merah je di pokok2. Anak2 suka sangat memetik buah rambutan. Kakak siap memanjat pokok mengambil buah manakala adik tunggu di bawah mengutipnya. Budak bandar balik kg terjumpa anak buah pokok kelapa pun tak kenal apa dia. Padahal bukannya jauh pun kampungnya. Pengalaman yg penuh bermakna bagi mereka.

Jika kami tak mempunyai apa2 rancangan apa lagi kami akan berbasikal di Taman Tasik Titiwangsa. Anak2 je naik basikal mamanya akan jalan2 je sambil mereka bermain di taman mainan di situ. Semenjak ada Eye on Malaysia dibuka di situ, kami tak berkesempatan lagi nak pergi sbb ramai sangat orang lagi. Tunggu jelah bila dah reda.

Bila terasa lapar pilih je ke mana nak pergi makan. Tghari semalam kami ke Restoran Nasi Ayam Hainan CH di Bukit Bintang. Nasi ayam dia sedap sangat tambah pulak dgn kerabu mangga dan air asam boi... fuh kaw sungguh. Hari ni nak makan kat mana pulak ye.... oopps.. lupa pulak hari ni ada satu lagi jemputan kenduri kahwin di Cheras jadi kena pergi bersiap dululah...

No comments: