Tuesday, January 09, 2007

Lagi kisah sekolah

Hari Jumaat kakak balik kata nanti hari Isnin dia kena buat presentation utk sains jadi hujung minggu tu sibuklah dia menyediakan diri utk waktu tersebut siap dgn carta yg dilukis pada drawing block. Dia buat sendiri semua sebab dia dah biasa masa di international school menggalakkan anak2 membentangkan hasil kerja masing. Tapi di sini bila sampai waktunya tak ada pun presentation yg dikatakan hanya beberapa soalan yg ditanya oleh guru sains nya itu. Bayangkan betapa hampanya berpenat lelah tapi akhirnya sia2. Cara begini boleh membantutkan usaha murid2 kerana mereka tahu kalau cikgu cakap pun belum tentu dia buat jadi kita ala kadar je. Maka timbullah budaya ala kadar itu.

Mungkin orang kata kenapa nak membandingkan dgn sekolah antarabangsa. Dah bagus sangat hantar jelah kat situ kenapa nak masuk sekolah kerajaan. Itu bukan permasalahan nya tapi ini harus dilihat sebagai kemungkinan antara punca2 terjadinya permasalahan masa depan. Kenapa ramai graduan tapi tak ada kerja atau tidak boleh menjual diri mereka dalam bidang perkerjaan? Kenapa kita tak boleh bersaing di peringkat antarabangsa walaupun kita dikatakan bangsa yg tahan lasak sebab dari sekolah lagi kita didedahkan dgn segala macam ilmu. Org belajar 5 subjek kita belajar sampai 17 subjek. Belum lagi dgn aktiviti kokurikulum serta lain2 kelas. Kenapa kita kalau nak buat apa2 pun mesti nak panggil konsultan dari luar negara? Kenapa mereka mencipta macam2 kita hanya mengikut sahaja? Kenapa org menghantar angkasawan ke angkasa lepas utk mengkaji ttg sains, tapi suatu ketika dulu kita hanya memberatkan boleh ke nak bawa roti canai ke angkasa sebelum disedarkan oleh org yg berfikir? Dan saya boleh bagi beribu lagi persoalan2 yg saya rasa semua pun sedia maklum.

Itu belum termasuk anak2 yg tertekan dan akhirnya mengambil jalan pintas dgn meninggalkan segalanya sebab rasa otak dah tepu tak boleh nak ikut jadi baiklah lepak tepi jalan jadi mat rempit atau hisap dadah utk lupakan segala tekanan. Atau menunjukkan rasa memberontak dgn vandalisma atau melakukan pekerjaan yg tak sepatutnya. Sesetengah itu hanya membiarkan nasib sahaja membawa diri mereka terutama jika mereka mendapat ibubapa yg kurang peka atau tak mahu peka atau mereka sendiri pun terumbang ambing. Bayangkan apa akan jadi pada negara kita. Ya memang tak dinafikan ada ramai juga yg berjaya tapi cuba nisbahkan dgn yg tidak berjaya.

Bukanlah nak salahkan cikgu sahaja sbb pendidikan awal bermula dari rumah tapi sebahagian hidup di habiskan di sekolah, kolej dan universiti sebelum ke alam pekerjaan. Macam anak2 saudara saya, pagi ke sekolah kebangsaan dan petang ke sekolah agama dan kemudian ada aktiviti kokurikulum di sekolah di waktu lewat petang. Kiranya rumah hanya tempat makan, mandi, tidur sahaja dan buat kerja sekolah. Hujung minggu dgn kelas tambahan lagi. Simpati tapi inilah kehidupan jika nak bersaing dgn rakan sebaya. Masa dgn ibubapa juga semakin kurang. Sistem pembelajaran tu saya rasa makin berat. Tapi entahlah... siapalah kita utk memberi pendapat.

Mulai hari Isnin juga cikgu pesan pada murid2 yg ibubapa hanya boleh hantar anak2 di pintu pagar sahaja. Mesti tak nak ibubapa tengok bagaimana layanan cikgu2 pada anak murid kan.... sebenarnya utk keselamatan anak2 juga sbb kalau tidak, sesiapa pun boleh masuk ke kawasan sekolah dan kalau penculik budak mesti lagi senang kerjanya. Anak2 pun boleh belajar berdikari... harap2 lah. Perasaan risau masih lagi ada utk kakak....

No comments: