Monday, January 08, 2007

Kisah hari ke 3 sekolah

Kakak masih risau walaupun kata2 semangat telah di beri. Biarkan sahajalah dia belajar menghadapinya. Dia pasti tahu kami semua tetap menyokongnya dari belakang. Malah dia siap suruh neneknya berpura2 menjadi cikgu dan adiknya sebagai kawan sekelasnya utk dia membuat latihan suara. Nak gelak pun ada tapi kontrol jelah... nanti kang dia merajuk pulak.

Hari tu Jumaat masuk pukul 2 ptg jadi paginya sempat ke pasar. Pertama kali adik ke pasar jadi dia teruja betul dapat ikut neneknya beli lauk. Kita suruh buat latihan matematiknya dalam kereta dia tak senang duduk. Sekarang ni sukalah tapi besar esok jadi macam mamanya tunggu kat kereta je. Bibik dah ada tolong bawa barang jadi sampai bila pun mamanya tak kenal nama ikan.

Lepas makan hantar kakak ke sekolah dan tunggu jugalah utk perhimpunan. Aduh bisa sungguh bila mendengar kata2 cikgu ".... kamu satu kelas sampai 45 - 46 orang dah tak tahu lagi nak sumbat kat mana...." adakah sbb sekolah itu sekolah kawalan dan terpilih maka cikgu boleh jadi begitu sombong. Mereka di bayar gaji utk mengajar dan bukan percuma. Lagipula bukan semua yg nak sangat anak di situ tapi sebab itu memang sekolah yg terdekat dgn rumah. Anak2 yg berjaya bukan sbb cikgu sahaja tapi juga kerana ibu bapa yg mengambil berat. Menghantar anak ke kelas tambahan dan menyediakan segala kemudahan utk anak berjaya. Macam saya hantar anak ke kumon, pergi kelas fardu ain persendirian dan ajar dan tunggu lagi anak buat latihan di rumah. Semua itu kerana mahu anak berjaya. Jadi jangan kata hanya sebab sekolah sahaja. Mereka ni berhak mendapat pendidikan kerana itu hak mereka tapi kebanyakan yg berjaya kerana kesedaran mereka dan ibubapa mereka. Tidak dinafikan tugas cikgu berat tapi patutkah rasa tidak puas hati itu dilahirkan kepada anak2 yg tidak mengerti..... saya sungguh terkilan...

Nasib baik bila balik petang kakak berwajah ceria katanya segalanya berjalan lancar. Maknanya cikgu tak ada marah2 di kelaslah tu sbb kakak walaupun bukan dia yg kena marah tapi bila cikgu marah2 dalam kelas, dia dah susah hati. This particular cikgu yg suruh kakak kuatkan suara cakap pada semua murid di kelas "...saya cepat marah dan cepat baik....". Saya tak tahulah apa yg mereka belajar di sewaktu mengambil kursus perguruan. Agaknya tak belajar kot psikologi kanak2 atau menangani stress. Entahlah apa cerita pulak hari Isnin nanti...

2 comments:

Leyla Shuri said...

Catatan yg sungguh jelas dan benar di sekolah. Rasa takut pula.

meksu said...

kita org tak berkuasa jadi terima sahaja lah apa yg disogokkan pada kita. Belajarlah sivik ke apa ke tapi kalau itu yg didedahkan pada anak2 tak hairanlah terjadi anak2 yg biadap.