Saturday, April 07, 2007

Sempat berniaga...


Habis kursus sibuk pula pergi berjualan barang2 di Bangi. Kebetulan ada bazaar jadi dapat tempat utk 3 hari apalagi pergilah bukak barang2 dari Jepun, kain tudung, perhiasan dan pakaian utk di jual. Puas hati juga dgn hasilnya. Yukata pun laku sampai 3 set. Tinggal satu saja lg.

Lepas ni apa pulak nak di rebut..... sementara hubby belum balik dari kerja luar selama sebulan. Dah dia balik nanti langkah terhad sikit takut nanti dia kata tak payahlah macamlah dia tak bagi cukup makan. Sebenarnya saya memang tak suka duduk rumah sahaja jadi baik buat macam2 benda jadi bolehlah belajar benda baru serta bertemu dgn pelbagai jenis orang yg buat kita lebih yakin utk berkomunikasi serta yakin diri. Lepas ni ingat nak pergi belajar lagi ttg kejuruteraan awam ni... Tak tahulah ada masa ke tidak.....

Hari terakhir sempat juga singgah rumah Ani utk bertanya khabar ttg dia. Masih sibuk dgn anak2 serta jualan tart nenas. Jadi kalau sapa2 teringin nak makan tart dia boleh buat tempahan.

(Hiasan di dinding tu ialah hasil kerjatangan nenek mak kawan kakak di Jepun dulu, dia menggunakan washi paper utk membentuk spt hasil lukisan. Cantik sangat. Ramai juga yg beli... ada lagi sesiapa mahu?)

No comments: