Friday, April 20, 2007

Macam2 nak cerita....

Tak tahulah macam mana org boleh menguruskan masa dgn melakukan pelbagai perkara dlm waktu yg singkat. Saya nak berblog dari sehari ke sehari terasa makin payah. Padahal macam2 nak cerita. Akhirnya cerita2 itu terkubur begitu sahaja. Bila dah lepas, dah malas nak mengarang balik sebab selalunya masa tgh2 hangat otak pun berputar sama mengeluarkan idea.

Cerita 1

Hari ni saya pergi melawat tapak kerja utk satu sebut harga. Nak masuk kawasan tentera sgtlah susah sbb kena ikut peraturan betul2. Orang pula ramai jadi mula pun lambat. Dahlah saya tak berapa sihat rasa memang lembik habis tapi kalau tak cari kerja mana kerja nak datang.

Kadang2 saya terfikir macam manalah sesetengah org2 buat kerja bila nak daftar pun lambat datang, dah tu tak bawa peralatan yg lengkap, macam buat2 ala kadar je. Dari situ dah nampak tak ada professionalisme dalam kerja mereka, patutnya yg macam tu disingkirkan sahaja dari turut serta tapi pihak jabatan kerajaan sentiasa perihatin dgn org kita maka mereka pun tetap beri peluang. Dan org kita pun mulalah naik lemak.

Kalau dah di beri peluang maka sama lah sahaja dgn kita yg bersungguh2 dan komited yg siap sedia awal2 lagi serta cukup keperluannya. Macam mana lah orang kita nak pergi jauh... Langsung tak ada tekanan yg boleh membantu menggerakkan kita kehadapan. Entahlah...



Cerita 2

Hari tu semua org sibuk dgn budak Yin yg hilang dan selepas dua minggu dia telah berjaya di temui semula. Yg kecohnya pasangan Myanmar yg menyerahkan Yin itu yg di tahan utk siasatan. Ramailah yg memarahi ibubapa Yin. Bagi saya tak patut mereka memarahi ibubapa Yin sbb bukan mereka yg nak mendakwa pasangan Myanmar itu tapi bila dah jadi kes polis maka polis akan menyiasat sehingga ke akar umbi. Apa logiknya menyimpan anak org selama 2 minggu dan telah pun di botakkan dan pelbagai lg kenyataan yg meragukan yg di berikan mereka? Tahu sedih mereka ada 5 anak yg terbiar tp Jabatan Kebajikan Masyarakat ada utk menjaga, bukan terbiar tak ada org bg tempat tinggal dan makanan, yg patut kita salahkan sikap mereka yg menyimpan anak org lain tu. Macam mana perasaan ibu dan ayah budak yg hilang itu? Barang hilang boleh beli ganti tapi anak hilang tak ada gantinya.

Saya pernah terlepas pandang si adik selama 5 minit sahaja tp perasaannya tuhan sahaja yg tahu betapa risaunya. Dahlah jauh di rantau org nasib baik ada jurujual yg perihatin bila melihat kanak2 keseorgan jadi mereka memegang adik sehingga saya tiba. Semenjak itu saya tidak pernah melepaskan dia dari sisi lg. Rasa spt jantung berhenti berdegup bila anak tak ada.

Untung ada org yg perihatin tapi kalau kena macam Yin kat Sogo hari tu dah nampak budak tu berjalan sorang, cctv pun dah tangkap gambar dia keluar sorang tp tak ada yg nak menahan budak itu. Tak ada siapa yg peduli pun. Sekarang ni saya dah tawar hati nak gi Sogo lagi. Kalau di Carrefour pun saya pernah mendengar pengumuman anak cari mak ayah dia maknanya ada lah pekerja dia yg perihatin tapi kat Sogo boleh mereka tak ambil peduli.

Mana boleh nak salahkan mak bapak je sbb kalau anak2 hyper aktif akan terjadi kemungkinan itu takkan kita nak kurung dia tak bagi dia menjalani kehidupan spt anak org lain? Masyarakat harus turut sama perihatin. Macam solat hajat beramai2 di setiap masjid tu baguslah, alhamdullilah dgn izin Allah dapat Yin kembali... kalau tak, jadilah anak org Myanmar. Adalah hikmah di sebalik ini semua. Mengingatkan kita lebih mengawasi anak2 serta perihatin juga dgn keadaan sekeliling.


Cerita 3


Keputusan SPM dah lama keluar sekrg ni menunggu giliran nak melanjutkan pelajaran pula. Sepupu saya dapat sambung Matrikulasi di Gambang, Kuantan tapi dia kata kalau dapat tawaran lain dia akan pergi. Yelah kalau matriks kena habiskan setahun dah tu cgpa kena tinggi baru boleh minta kursus apa yg kita nak, kalau tak ikut suka dialah nak bg kita apa. Pada yg tak berjaya harap bersabar mungkin belum sampai berita. Kalau tak pun berlambak IPTS sekrg ni masuk je, jgn tak belajar sudah. Jgn macam anak saudara sorang ni dah masuk belajar pun masih nak malas2 lagi padahal di luar sana org tertunggu2 peluang nak masuk tau. Yg sepupu tu perempuan yg anak saudara tu lelaki... agaknya memang budak lelaki ni payah sikit bab belajar2 ni....Tak tahulah apa nak jadi diaorang ni....

No comments: