Thursday, April 05, 2007

Cuti2 Malaysia... Johor Bahru.









Masa cuti sekolah baru2 ni saya berkesempatan membawa anak2 berkunjung ke Johor Bahru. Itulah pengalaman pertama mereka ke bandar itu. Bagi saya spt mengimbas kembali kenangan sewaktu saya kecil boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu bapa saya membawa kami ke JB kerana urusan bisnesnya. Kini saya membawa anak2 dan cuba mengimbau tmpt2 yg kami pernah kunjungi.

Ternyata sudah banyak yg berubah. Pantai Lido tidak spt dulu lagi, sekrg ni org akan bersiar2 di Danga Bay. Tempatnya luas ada pelbagai kemudahan spt Festive Street Mall, tmn mainan serta int'l food court yg mengadap laut. Malah kami sempat berbasikal di sekitar sini. Btk2 rumah Johor yg terdapat disini sgt menarik perhatian, cantik dan penuh tradisi. Malah masa makan pun ada iringan muzik angklung yg dimainkan semasa mencuba salah satu warung di rumah itu. Nak membeli belah pun boleh.

Kalau dulu bershopping di Komtar tapi skrg Plaza Angsana, Pelangi atau Jusco yg ada di mana2 atau Tesco dan Giant. Kalau dulu hanya penuh di sekitar bandar tapi sekrg semuanya di agih2kan ke luar bandar spt Larkin, Skudai, Pasir Gudang dsbgnya.



Di sekitar JB tak adalah banyak tempat sgt utk kita lawati tp sempatlah juga kami ke Hutan Bandar - spt namanya hutan dlm bandar. Tmpt rekreasi yg menjadi tumpuan utk menghilangkan ketegangan. Boleh berjogging, bersenam, bermain taman mainan atau anak2 boleh mandi manda di kolam buatan yg ada patung dinosaur dan patung ikan yg terpancut air dari mulutnya. Menggembirakan.

Selebihnya banyak juga masa dihabiskan dgn berenang di kolam mandi tempat penginapan yg mengadap ke Singapura. Bot2 peronda Singapura tak bergerak dok menjaga sempadan perairan yg kini rasanya begitu dekat sgt. Hujung minggu org2 Singapura memenuhi Johor Bahru sampai rasa sesak pula. Sampai tmpt makan pun penuh mereka.

Makan mmg tak ada masalah kerana tempatnya banyak dan semuanya sedap2 belaka terutama Sedap Corner dan Singgah Selalu mmg tempat pilihan anak2. Malah Mee Rebus Pak Wahid pun kegemaran mereka selain dari otak2. pendek kata mmg bertambah2 berat badan. Oklah cuti2 kali ni sekurang2nya tak banyak tempat nak pergi jadi boleh lebih relax dan bersantai sahaja.

No comments: