Friday, August 17, 2007

Apartment for sale...





Sebuah apartment di Ukay Perdana sedang membuka pintu untuk di belek oleh sesiapa yg berminat untuk membeli.







Terletak di atas bukit di Ukay Perdana dengan pemandangan yg hijau serta mendinginkan. Rumah2 kedai dan surau terletak berdekatan dgn kawalan keselamatan sekuriti. Jadi jika ingin berjogging di waktu malam pun tak perlu risau kerana dlm kawasannya tersendiri.


Berada di tingkat yg bawah dgn balkoni yg mengadap hutan kecil serta juga mengadap matahari pagi yg menurut petua org2 tua, tuan rumahnya akan dimurahkan rezeki. Boleh juga berkebun di laman di sini di samping memerhati anak2 bermain dan menyapa jiran2 yg baik.




Apartment ini telah dilengkapi dgn plaster siling, lampu2 dan kipas2 di setiap bilik serta wayar sambungan jika ingin memasang penyaman udara. Ia juga dilengkapi dgn kabinet pakaian di bilik tidur utama dan ruangan studi beserta kabinet buku di dalam bilik yg satu lagi. Bilik air jg dilengkapi dgn kabinet kecil serta pemanas air. Kabinet dapur beserta dengan dapur memasak dan hud penyedut juga dilengkapi bersama. Ruangan belakang di sediakan utk kawasan laundri.
Jadi jangan lepaskan peluang dgn tawaran menarik ini pada harga yg boleh di rundingkan. Sebar2kan pada sesiapa yg memerlukan kediaman yg selesa. Untuk pertanyaan sila hubungi 017-6826170.

2 comments:

JahRera said...

salam ramadhan meksu,

aik...dah menjual pula ke sekarang, itu rumah sendiri atau jualkan utk kawan2?

sempena bulan ramadhan ini, saya ucapakan selamat menunaikan ibadah ramadhan, semoga kita diberkati-Nya, amin.

meksu said...

salam ramadhan k.lela,

Semoga sama2 di berkati ibadahnya dan juga selamat hari raya aidil fitri yg bakal menjelang.

itu rumah yg diduki sekarang yg ingin dilepaskan kerana akan berpindah ke rumah baru.
Anybody?