Friday, April 20, 2007

17 april yg berlalu...

Apa agaknya yg istimewa pada 17 April lalu ye... Sebenarnya tak ada apa2 pun... saya tak pernah mengharapkan hari yg istimewa utk diraikan tapi kali ini lebih berbeza mungkin kerana masing2 begitu sibuk sehingga peluang utk bersama sgt kurang jadi saya sangat berharap agar ada satu hari yg boleh saya luangkan masa bersama2 dgn kesayangan2 saya. Satu waktu yg hanya meluahkan dan merasakan perasaan sayang antara satu sama lain. Memang hari2 pun "I love you" tapi ia berbeza bila di fikiran masing2 penuh dgn apa yg telah terjadi hari ini dan apa lagi yg harus dilakukan esok. Bila masing2 pun keluar dgn kereta berasingan dan balik pun berasingan dan tugas2 yg berasingan, terasa hidup pun spt org asing kecuali pada waktu2 malam yg sangat singkat. Itupun kalau ada di rumah tapi kalau berhari2 out station maknanya perhubungan jarak jauh sajalah. Nasib baik dgn kecanggihan teknologi perhubungan itu mudah. Agaknya benar kata org2 tua sayangkan anak tangan2kan tapi sayangkan isteri tinggal2kan.

Apapun terima kasih utk kad dan hadiah cuma tinggal satu lg impian yg di harap menjadi kenyataan. Nak membuatnya menjadi kenyataan tulah yg menyebabkan kesibukan bertambah sibuk lagi.

Macam2 nak cerita....

Tak tahulah macam mana org boleh menguruskan masa dgn melakukan pelbagai perkara dlm waktu yg singkat. Saya nak berblog dari sehari ke sehari terasa makin payah. Padahal macam2 nak cerita. Akhirnya cerita2 itu terkubur begitu sahaja. Bila dah lepas, dah malas nak mengarang balik sebab selalunya masa tgh2 hangat otak pun berputar sama mengeluarkan idea.

Cerita 1

Hari ni saya pergi melawat tapak kerja utk satu sebut harga. Nak masuk kawasan tentera sgtlah susah sbb kena ikut peraturan betul2. Orang pula ramai jadi mula pun lambat. Dahlah saya tak berapa sihat rasa memang lembik habis tapi kalau tak cari kerja mana kerja nak datang.

Kadang2 saya terfikir macam manalah sesetengah org2 buat kerja bila nak daftar pun lambat datang, dah tu tak bawa peralatan yg lengkap, macam buat2 ala kadar je. Dari situ dah nampak tak ada professionalisme dalam kerja mereka, patutnya yg macam tu disingkirkan sahaja dari turut serta tapi pihak jabatan kerajaan sentiasa perihatin dgn org kita maka mereka pun tetap beri peluang. Dan org kita pun mulalah naik lemak.

Kalau dah di beri peluang maka sama lah sahaja dgn kita yg bersungguh2 dan komited yg siap sedia awal2 lagi serta cukup keperluannya. Macam mana lah orang kita nak pergi jauh... Langsung tak ada tekanan yg boleh membantu menggerakkan kita kehadapan. Entahlah...



Cerita 2

Hari tu semua org sibuk dgn budak Yin yg hilang dan selepas dua minggu dia telah berjaya di temui semula. Yg kecohnya pasangan Myanmar yg menyerahkan Yin itu yg di tahan utk siasatan. Ramailah yg memarahi ibubapa Yin. Bagi saya tak patut mereka memarahi ibubapa Yin sbb bukan mereka yg nak mendakwa pasangan Myanmar itu tapi bila dah jadi kes polis maka polis akan menyiasat sehingga ke akar umbi. Apa logiknya menyimpan anak org selama 2 minggu dan telah pun di botakkan dan pelbagai lg kenyataan yg meragukan yg di berikan mereka? Tahu sedih mereka ada 5 anak yg terbiar tp Jabatan Kebajikan Masyarakat ada utk menjaga, bukan terbiar tak ada org bg tempat tinggal dan makanan, yg patut kita salahkan sikap mereka yg menyimpan anak org lain tu. Macam mana perasaan ibu dan ayah budak yg hilang itu? Barang hilang boleh beli ganti tapi anak hilang tak ada gantinya.

Saya pernah terlepas pandang si adik selama 5 minit sahaja tp perasaannya tuhan sahaja yg tahu betapa risaunya. Dahlah jauh di rantau org nasib baik ada jurujual yg perihatin bila melihat kanak2 keseorgan jadi mereka memegang adik sehingga saya tiba. Semenjak itu saya tidak pernah melepaskan dia dari sisi lg. Rasa spt jantung berhenti berdegup bila anak tak ada.

Untung ada org yg perihatin tapi kalau kena macam Yin kat Sogo hari tu dah nampak budak tu berjalan sorang, cctv pun dah tangkap gambar dia keluar sorang tp tak ada yg nak menahan budak itu. Tak ada siapa yg peduli pun. Sekarang ni saya dah tawar hati nak gi Sogo lagi. Kalau di Carrefour pun saya pernah mendengar pengumuman anak cari mak ayah dia maknanya ada lah pekerja dia yg perihatin tapi kat Sogo boleh mereka tak ambil peduli.

Mana boleh nak salahkan mak bapak je sbb kalau anak2 hyper aktif akan terjadi kemungkinan itu takkan kita nak kurung dia tak bagi dia menjalani kehidupan spt anak org lain? Masyarakat harus turut sama perihatin. Macam solat hajat beramai2 di setiap masjid tu baguslah, alhamdullilah dgn izin Allah dapat Yin kembali... kalau tak, jadilah anak org Myanmar. Adalah hikmah di sebalik ini semua. Mengingatkan kita lebih mengawasi anak2 serta perihatin juga dgn keadaan sekeliling.


Cerita 3


Keputusan SPM dah lama keluar sekrg ni menunggu giliran nak melanjutkan pelajaran pula. Sepupu saya dapat sambung Matrikulasi di Gambang, Kuantan tapi dia kata kalau dapat tawaran lain dia akan pergi. Yelah kalau matriks kena habiskan setahun dah tu cgpa kena tinggi baru boleh minta kursus apa yg kita nak, kalau tak ikut suka dialah nak bg kita apa. Pada yg tak berjaya harap bersabar mungkin belum sampai berita. Kalau tak pun berlambak IPTS sekrg ni masuk je, jgn tak belajar sudah. Jgn macam anak saudara sorang ni dah masuk belajar pun masih nak malas2 lagi padahal di luar sana org tertunggu2 peluang nak masuk tau. Yg sepupu tu perempuan yg anak saudara tu lelaki... agaknya memang budak lelaki ni payah sikit bab belajar2 ni....Tak tahulah apa nak jadi diaorang ni....

Saturday, April 07, 2007

Sempat berniaga...


Habis kursus sibuk pula pergi berjualan barang2 di Bangi. Kebetulan ada bazaar jadi dapat tempat utk 3 hari apalagi pergilah bukak barang2 dari Jepun, kain tudung, perhiasan dan pakaian utk di jual. Puas hati juga dgn hasilnya. Yukata pun laku sampai 3 set. Tinggal satu saja lg.

Lepas ni apa pulak nak di rebut..... sementara hubby belum balik dari kerja luar selama sebulan. Dah dia balik nanti langkah terhad sikit takut nanti dia kata tak payahlah macamlah dia tak bagi cukup makan. Sebenarnya saya memang tak suka duduk rumah sahaja jadi baik buat macam2 benda jadi bolehlah belajar benda baru serta bertemu dgn pelbagai jenis orang yg buat kita lebih yakin utk berkomunikasi serta yakin diri. Lepas ni ingat nak pergi belajar lagi ttg kejuruteraan awam ni... Tak tahulah ada masa ke tidak.....

Hari terakhir sempat juga singgah rumah Ani utk bertanya khabar ttg dia. Masih sibuk dgn anak2 serta jualan tart nenas. Jadi kalau sapa2 teringin nak makan tart dia boleh buat tempahan.

(Hiasan di dinding tu ialah hasil kerjatangan nenek mak kawan kakak di Jepun dulu, dia menggunakan washi paper utk membentuk spt hasil lukisan. Cantik sangat. Ramai juga yg beli... ada lagi sesiapa mahu?)

Belajar balik....


Sebagai seorg kontraktor sudah semestinya kena ada ilmu ttg2 pembinaan dan kerja2 berkaitan. Oleh kerana nak membaharui lesen wajib mengikuti kursus jadi apalagi masuk kelas baliklah. Terkejar2 mengantar anak sekolah lalu ke tempat kursus akhirnya dapatlah sijil. Lega....

Thursday, April 05, 2007

Cuti2 Malaysia... Johor Bahru.









Masa cuti sekolah baru2 ni saya berkesempatan membawa anak2 berkunjung ke Johor Bahru. Itulah pengalaman pertama mereka ke bandar itu. Bagi saya spt mengimbas kembali kenangan sewaktu saya kecil boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu bapa saya membawa kami ke JB kerana urusan bisnesnya. Kini saya membawa anak2 dan cuba mengimbau tmpt2 yg kami pernah kunjungi.

Ternyata sudah banyak yg berubah. Pantai Lido tidak spt dulu lagi, sekrg ni org akan bersiar2 di Danga Bay. Tempatnya luas ada pelbagai kemudahan spt Festive Street Mall, tmn mainan serta int'l food court yg mengadap laut. Malah kami sempat berbasikal di sekitar sini. Btk2 rumah Johor yg terdapat disini sgt menarik perhatian, cantik dan penuh tradisi. Malah masa makan pun ada iringan muzik angklung yg dimainkan semasa mencuba salah satu warung di rumah itu. Nak membeli belah pun boleh.

Kalau dulu bershopping di Komtar tapi skrg Plaza Angsana, Pelangi atau Jusco yg ada di mana2 atau Tesco dan Giant. Kalau dulu hanya penuh di sekitar bandar tapi sekrg semuanya di agih2kan ke luar bandar spt Larkin, Skudai, Pasir Gudang dsbgnya.



Di sekitar JB tak adalah banyak tempat sgt utk kita lawati tp sempatlah juga kami ke Hutan Bandar - spt namanya hutan dlm bandar. Tmpt rekreasi yg menjadi tumpuan utk menghilangkan ketegangan. Boleh berjogging, bersenam, bermain taman mainan atau anak2 boleh mandi manda di kolam buatan yg ada patung dinosaur dan patung ikan yg terpancut air dari mulutnya. Menggembirakan.

Selebihnya banyak juga masa dihabiskan dgn berenang di kolam mandi tempat penginapan yg mengadap ke Singapura. Bot2 peronda Singapura tak bergerak dok menjaga sempadan perairan yg kini rasanya begitu dekat sgt. Hujung minggu org2 Singapura memenuhi Johor Bahru sampai rasa sesak pula. Sampai tmpt makan pun penuh mereka.

Makan mmg tak ada masalah kerana tempatnya banyak dan semuanya sedap2 belaka terutama Sedap Corner dan Singgah Selalu mmg tempat pilihan anak2. Malah Mee Rebus Pak Wahid pun kegemaran mereka selain dari otak2. pendek kata mmg bertambah2 berat badan. Oklah cuti2 kali ni sekurang2nya tak banyak tempat nak pergi jadi boleh lebih relax dan bersantai sahaja.

Tercari2 ke mana blog menghilang...

Lama tak tulis sbb sibuk tp bila nak menulis blog dah hilang lah pulak.... pening sekejap....